Syarikat pengendali infrastruktur 5G kebangsaan, Digital Nasional Berhad, merancang untuk membuat perbelanjaan infrastruktur sebanyak RM1.3 bilion pada 2023 bagi meluaskan rangkaian 5G di seluruh negara.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dengan keluasan ini, rakyat boleh menikmati kelajuan internet 5G dengan lebih pantas dan murah. Pada tahun depan, DNB merancang supaya 70 peratus daripada kawasan berpendudukan tinggi akan berada dalam rangkaian 5G.
Dalam pembentangan Bajet 2023 pada hari Khamis lalu, beliau juga berkata kerajaan memperuntukkan RM8 bilion bagi menghasilkan 100% liputan internet di kawasan berpenduduk pada 2025.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA







