More

    HONOR Play 6C 5G dilancar: Skrin 90Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 22.5W berharga ~RM720

    HONOR telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru di China iaitu HONOR Play 6C 5G. Telefon ini dilengkapi bateri besar, kadar pengecasan pantas dan skrin dengan kadar segar semula yang agak tinggi.

    HONOR Play 6C dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.517 inci dengan resolusi HD+ (720×1600), nisbah aspek 20:9 dan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 480, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 22.5W.

    Ciri menarik pada telefon ini pastinya adalah skrin 90Hz untuk penggunaan yang lebih lancar dan kadar pengecasan yang agak tinggi untuk telefon kelas permulaan.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari sisi, port USB-C, bicu audio 3.5mm serta sokongan untuk dwi-kad SIM, Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 5.1.

    HONOR Play 6C akan dijual di China dalam dua varian iaitu:

    • RAM 6GB + storan 128GB: CNY1,099 (~RM720)
    • RAM 8GB + storan 128GB: CNY1,299 (~RM850)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...