More

    AmBank tingkatkan ciri keselamatan dalam talian, cegah isu penipuan kewangan

    AmBank telah meningkatkan ciri keselamatan dalam taliannya untuk memerangi penipuan kewangan yang selaras dengan lima langkah keselamatan pencegahan tambahan Bank Negara Malaysia (BNM).

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir berkata AmBank tegas dalam menyokong usaha BNM dalam memerangi penipuan kewangan. Bank akan meningkatkan langkah keselamatan, memperkenalkan ciri keselamatan baharu dan kawalan sewajarnya akan dilaksanakan dalam mengurangkan sebarang isu yang berkaitan.

    Beliau turut menasihati pelanggan yang menghadapi sebarang transaksi yang meragukan untuk menghubungi saluran pelaporan penipuan Ambank melalui Pusat Hubungan yang tersedia 24/7. Pelanggan juga boleh menggunakan fungsi Laporan Penipuan yang tersedia dalam web dan aplikasi AmOnline untuk menggantung perbankan internet mereka.

    SMS OTP akan ditukar kepada kaedah pengesahan yang lebih terjamin dan penambahbaikan lain akan ditambah menjelang Jun 2023. AmBank telah mengehadkan pengesahan transaksi perbankan dalam talian kepada hanya satu peranti mudah alih yang perlu dipautkan kepada token AmSecure.

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Ambank akan memperkenalkan tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama AmOnline dan sebarang permintaan penukaran peranti. Dalam tempoh ini, pelanggan tidak boleh melakukan sebarang transaksi kewangan untuk mengesahkan dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun mereka.

    Pihak Ambank menasihati pelanggan untuk mengaktifkan token AmSecure bagi memudahkan semua aktiviti perbankan mudah alih. Selain itu, pelanggan perlu memastikan pautan laman web dan e-mel sebelum membuat sebarang transaksi bank dan tidak memuat turun sebarang aplikasi perisian dari mana-mana aplikasi pihak ketiga. 

    Bagi pelanggan yang menghadapi isu ini boleh menghubungi Pusat Perhubungan AmBank di 03-2178 8888, e-mel kepada [email protected] atau lawati cawangan terdekat Ambank.

    Ketahui lebih lanjut mengenai langkah yang diambil oleh pihak Ambank di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...