More

    Apple lancarkan kemas kini 16.0.3, baiki pepijat dan aplikasi Mail pada siri iPhone 14

    Kemas kini iOS 16.0.3 kini dilancarkan untuk iPhone untuk dimuat turun dan mempunyai berat sekitar 1GB. Kemas kini baharu ini akan menangani beberapa pepijat yang dialami oleh pengguna pada model iPhone 14 dan aplikasi Mail.

    Antara isu yang dialami dan diperbaiki adalah:

    • Pemberitahuan ditangguhkan atau tidak tiba sama sekali telah ditangani pada 14 Pro dan 14 Pro Max
    • Sesetengah model iPhone 14 mengalami kelantangan mikrofon rendah apabila melakukan panggilan telefon melalui Apple CarPlay
    • Dalam sesetengah kes, aplikasi kamera lambat dibuka pada iPhone 14 Pro atau 14 Pro Max
    • Aplikasi Mail terpadam sendiri pada permulaan selepas pengguna menerima e-mel “cacat” (malformed)telah dibaiki

    Untuk mengemas kini pada iPhone 14 Pro, anda boleh pergi ke Tetapan (Settings), klik pada Umum (General) dan pilih Kemas Kini Perisian (Software Update) untuk menyemak OTA terkini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured