fbpx
More

    Set kepala VR PICO 4 All-in-One dilancar di Malaysia: Harga istimewa RM1599 sehingga 16 Oktober ini

    PICO hari ini telah melancarkan PICO 4 iaitu set kepala VR All-in-One pertama yang diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Ia menawarkan pengalaman baharu kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai cara baharu untuk meluaskan hubungan, realiti maya dan membuka potensi yang tidak terbatas.

    Didedahkan semasa acara di Petaling Jaya hari ini, PICO 4 menawarkan kualiti gambar yang lebih baik kerana menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon XR2. Set kepala VR ini mempunyai paparan 4K+ dengan segar semula 90Hz dan membawa medan pandangan ultra lebar 105° digabungkan dengan penjejakan 6DoF (6 darjah kebebasan).

    Tambahan, PICO 4 juga memberikan pengguna lebih banyak pilihan hiburan dengan permainan dan aplikasi 6DoF asli yang boleh didapati di Gedung PICO. Menurut Allen An, Pengarah Serantau PICO Asia Tenggara, syarikat itu mempunyai pasukan tempatan yang berdedikasi, ejen rasmi dan rakan kongsi runcit di negara kita untuk menyediakan rakyat Malaysia pengalaman VR yang lebih baik.

    PICO juga berharap kehadirannya di negara kita akan memacu pembangunan industri VR di Malaysia. Selain itu, PICO mengadakan jerayawara dari 13 hingga 16 Oktober di Orange Concourse of Sunway Pyramid supaya pengguna boleh mendapatkan pengalaman langsung produk VR terbarunya.

    Di Malaysia, PICO 4 boleh dibeli mulai hari ini (12 Oktober 2022) pada harga RM1,699 (128GB) dan RM1,999 (256GB). Set kepala VR All-in-One boleh dibeli di pengedar sah PICO, kedai utama PICO di Shopee dan Lazada, serta TikTok Shop dan menerima peranti mereka mulai 14 Oktober.

    Terdapat juga promosi untuk pembeli yang terawal dari 12 hingga 16 Oktober di mana pengguna akan mendapat diskaun RM100 untuk kedua-dua varian PICO 4. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PICO di sini.

    Apa pendapat anda tentang PICO 4? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tecno Pova 6 dilancar di Malaysia: Helio G99 Ultimate, AMOLED FHD+ 6.78″ berharga RM899

    Tecno yang merupakan salah satu jenama kompetitif dalam segmennya kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Tecno Pova 6 untuk pasaran...

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh...

    iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5Gdan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga...

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 3

    realme mengumumkan bahawa mereka akan melancakran siri telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6 Series di India pada bulan ini. Jenama teknologi...

    Raikan Hari Ibu dengan siri Samsung Galaxy watch6 dan hadiah percuma sehingga 12 Mei...

    Hari Ibu ini, luahkan rasa terima kasih kepada wanita istimewa dalam hidup anda dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka melalui siri Galaxy...

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X