More

    ASUS Vivobook 16X dilancar di Malaysia: AMD Ryzen 5, RAM 8GB dan storan 512GB berharga RM2,999

    Baru-baru ini, ASUS telah melancarkan Vivobook 16X 2022 (M1603) serba baharu untuk pasaran Malaysia. Untuk makluman anda, Vivobook 16X (M1603) menampilkan cipset AMD Ryzen 5 5600H, RAM DDR4 8GB dengan slot tambahan DDR4 SO-DIMM dan SSD PCIe 3.0 512GB.

    Untuk memastikan prestasi maksimum dan mengekalkan kesejukan, ASUS telah menaik taraf sistem penyejukan IceCool dengan dwi paip haba dan kipas 87-IceBlade yang mempercepatkan pengaliran haba. Di atas kertas, ia mampu mengoperasikan komputer pada jumlah TDP 45W dalam mod Prestasi tanpa perlu boost.

    Vivobook 16X mempunyai paparan NanoEdge tiga sisi FHD+ 16 inci beresolusi 1920 x 1200 dengan nisbah 16:10. Selain itu, ia mempunyai nisbah skrin-ke-badan 86%, kecerahan 300 nits dan sudut tontonan 178°. Malah terdapat ASUS Antibakterial Guard pada kawasan paparan termasuk papan kekunci ASUS ErgoSense.

    Untuk keselamatan dan privasi yang dipertingkatkan, terdapat penutup fizikal pada kamera web serta sensor cap jari pada pad sentuh untuk log masuk pantas tanpa kata laluan melalui Windows Hello. Akhir sekali, Vivobook 16X mempunyai port USB-C 3.2 Gen 1, 2x port USB-A 3.2 Gen 1, port USB 2.0, output HDMI dan bicu audio 3.5 mm.

    Ia kini boleh didapati di setiap kedai dan peruncit rasmi ASUS pada harga RM2,999. Terdapat hanya satu varian tetapi didatangkan dalam pilihan warna Quiet Blue atau Transparent Silver. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured