More

    NVIDIA batalkan GPU RTX 4080 12GB kerana nama yang mengelirukan

    Pada bulan lalu, NVIDIA telah melancarkan siri unit pemprosesan grafik (GPU) terbaru, NVIDIA GeForce RTX 40 Series yang terdiri daripada GeForce RTX 4080 dan GeForce RTX 4090. Walau bagaimanapun, syarikat teknologi itu membuat keputusan untuk membatalkan pelancaran bagi sebuah varian dalam siri GPU tersebut.

    Dalam sebuah kenyataan rasmi, NVIDIA tidak akan melancarkan GeForce RTX 4080 12GB dan sebaliknya hanya akan melancarkan GeForce RTX 4080 16GB sahaja pada 16 November 2022. NVIDIA berkata dua GPU ini mempunyai nama yang serupa dan ini akan mengelirukan para pelanggan.

    Tindakan ini mungkin diambil kerana kritikan yang diterima oleh NVIDIA sejak siri RTX 40 diperkenalkan. RTX 4080 12GB dan RTX 4080 16GB sebenarnya mempunyai lebih banyak perbezaan daripada memori video sahaja, kerana varian 12GB turut mempunyai teras CUDA yang lebih rendah sebanyak 27% dan memori bus width yang lebih rendah.

    Perbezaan yang ketara ini membuatkan prestasi RTX 4080 12GB ketinggalan dengan ketara berbanding RTX 4080 16GB. Oleh yang demikian, ramai berpendapat bahawa RTX 4080 12GB mungkin akan dinamakan semula sebagai RTX 4070 bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan dengan lebih jelas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki GPU RTX 40 Series dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NVIDIA

    Sumber: NVIDIA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured