More

    Shopee kenakan caj tambahan SPayLater sebanyak 1.5% mulai hari ini

    Bagi pengguna Shopee, anda pasti ketahui SPayLater yang merupakan ciri di mana anda boleh beli barangan dahulu dan membuat pembayaran kemudian. Shopee Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan mula mengenakan caj tambahan sebanyak 1.5% untuk pembayaran SPayLater mulai hari ini, 17 Oktober 2022

    Yuran pemprosesan 1.5% dikenakan setiap bulan ke atas jumlah pembayaran jika anda memilih untuk membayar secara ansuran bulanan. Jika anda terlepas tarikh akhir pembayaran, akaun SPayLater anda akan dibekukan dan anda perlu membayar yuran lewat sebanyak RM10. 

    Seperti yang ditunjukkan dalam imej, jika anda membeli item bernilai RM136, anda perlu membayar sebanyak RM138.04 termasuk caj 1.5%. Jika anda tidak mahu menanggung caj tambahan, maka anda boleh menggunakan saluran pembayaran lain seperti kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian atau melalui eWallet ShopeePay. 

    Bergantung pada jumlah transaksi dan peruncit, anda masih boleh memilih ansuran kad kredit dengan faedah 0 peratus pada kad terpilih. Namun, bergantung pada kitaran bil anda, tarikh tamat SPayLater jatuh sama ada pada 10 atau 1 setiap bulan.

    Buat masa ini, caj faedah tambahan hanya terpakai jika anda memilih pilihan ansuran dengan 2 bulan atau lebih. Berdasarkan jumlah yang ditunjukkan di atas, SPayLater pada masa ini mengenakan 2.5% faedah untuk pembayaran dua bulan, 4.05% faedah untuk tiga bulan dan 9% faedah selama enam bulan. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured