fbpx
More

    Red Magic 7S Pro dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1 dan skrin AMOLED 120Hz bermula RM3,999

    RedMagic telah melancarkan telefon gaming baharu di Malaysia pada 18 Oktober semalam iaitu RedMagic 7S Pro dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Peranti ini merupakan telefon gaming andalan dan di bawah merupakan spesifikasi yang di bawa.

    Red Magic 7S Pro menggunakan skrin AMOLED 6.8 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan berbilang jari 960Hz. Ia dikuasai oleh bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 135W dan dilengkapi dengan sistem penyejukan berbilang dimensi 10 lapisan Redmagic ICE 10.0 bersama kipas penyejuk 20,000rpm.

    Di bahagian belakang, peranti ini membawa tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, lensa ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera hadapan menggunakan sensor 16MP. Spesifikasi lain termasuk pencetus bahu (shoulder triggers) dengan kadar pensampelan sentuhan 520Hz, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

    Peranti ini hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 12GB dengan storan 256GB dijual pada harga RM3,999 manakala RAM 18GB dengan storan 512GB berharga RM4,999. Jualan pertama Redmagic 7S Pro baharu akan bermula dari 29 Oktober melalui kedai rasmi RedMagic di Lazada, penjual semula yang dibenarkan, pengedaran Teve, DirectD, Mobile To Go, Asia Mobile Supply, MMG Distribution, AI Space, Mobile Corner, dan 7 Mudah Alih.

    Bagi gamers, adakah ini telefon gaming yang sesuai untuk anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung mungkin lancarkan Galaxy Z Fold6 Slim tanpa sokongan S pen

    Ross Young, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perunding rantaian bekalan skrin DSCC mendedahkan bahawa Samsung sedang membangunkan telefon pintar baharu yang dipanggil Galaxy...

    realme C63 akan dilancar di Malaysia pada 5 Jun 2024

    realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar baharu, realme C63 pada 5 Jun 2024. Peranti baharu itu, diletakkan di bawah kategori...

    Ciri terbaharu Truecaller akan menjawab panggilan telefon dengan suara anda kelak

    Enam tahun yang lalu, Google Duplex telah ditunjukkan sebagai pembantu maya yang boleh membuat panggilan telefon bagi pihak pemilik dan diberikan kepada...

    Google Password Manager kini benarkan perkongsian kata laluan dengan ahli keluarga

    Google kini membenarkan pengguna berkongsi kata laluan dengan selamat antara ahli keluarga dalam Google Password Manager. Keupayaan baharu ini disertakan dalam kemas...

    POCO Pad dilancar: SD 7s Gen 2, skrin LCD 120Hz 12.1″ dan bateri 10,000mAh...

    POCO telah melancarkan siri F6 bersama tablet pertama mereka yang dinamakan POCO Pad. Tablet ini direka untuk kegunaan kerja dan hiburan dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X