fbpx
More

    iPad generasi ke-10 dilancar di Malaysia: Skrin 10.9 inci, cip A14 Bionic dan port USB-C bermula RM2,099

    Apple telah melancarkan tablet terbaharunya untuk pasaran Malaysia iaitu iPad generasi ke-10 yang ditawarkan dalam empat warna iaitu perak, kuning, merah jambu dan biru. iPad baharu ini akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,099.

    Ciri utama tablet ini adalah skrin Liquid Retina berukuran 10.9 inci yang tidak mempunyai sebarang lubang punch hole atau takuk yang menempatkan kamera swafoto. Sebaliknya, kamera swafoto ultra-lebar 12MP itu diletakkan dalam sempadan bezel atas apabila iPad digunakan dalam mod lanskap.

    Ini juga merupakan kali pertama sebuah iPad tidak mempunyai butang rumah (home button). Sungguh pun begitu, Touch ID masih boleh diakses di butang kuasa yang berada di bahagian sisi. Untuk hubungan, tablet ini mempunyai port USB-C dan sokongan WiFi 6.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset A14 Bionic dan sistem operasi iPadOS 16. Skrinnya menyokong penggunaan stilus Apple Pencil generasi pertama, namun ia memerlukan dongle berasingan untuk cas dan dihubungkan kepada iPad ini.

    Perlu diingati bahawa iPad ini dipasarkan bersama pengecas dan kabel di dalam kotak. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk iPad generasi ke-10:

    • Skrin Liquid Retina 10.9 inci, resolusi 2360×1640, kecerahan 500 nits, menyokong penggunaan Apple Pencil 1st Generation
    • Cipset A14 Bionic
    • Storan dalaman 64GB atau 256GB (pada waktu penulisan, 256GB tidak ditawarkan di Malaysia)
    • Kamera utama 12MP, menyokong zum digital 5x dan rakaman 4K 60fps dengan penstabilan
    • Kamera swafoto ultra-lebar 12MP, menyokong fungsi Centre Stage
    • Pembesar suara stereo, dwi-mikrofon
    • Menyokong kad nano-SIM atau eSIM
    • Bateri 28.6Whr
    • Pengecas 20W disertakan dalam kotak bersama kabel USB-C
    • Sistem operasi iPadOS 16
    • Berat 477 gram (WiFi), 481 gram (WiFi + selular)
    • Pilihan warna perak, kuning, biru dan merah jambu
    • Harga:
      • WiFi: RM2,099
      • WiFi + selular 5G: RM2,849

    iPad generasi ke-10 akan dijual di Malaysia pada harga RM2,099 untuk varian WiFi dan RM2,849 untuk varian selular yang menyokong 5G. Apple turut melancarkan varian storan 256GB namun buat masa ini, ia masih belum ditawarkan di Malaysia.

    Aksesori baharu yang turut dilancarkan termasuklah papan kekunci luaran Magic Keyboard Folio yang turut mempunyai pad penjejak dan 14 kekunci fungsi (function keys) serta dijual pada harga RM1,249. Apple Pencil bersama dongle dijual pada harga RM479, manakala dongle sahaja berharga RM55.

    Sementara itu, harga iPad generasi ke-9 telah diturunkan sebanyak RM100, menjadikan harganya kepada RM1,599 sahaja untuk varian asas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPad baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X