More

    iPad Pro M2 dilancar di Malaysia: Apple Pencil, peningkatan sambungan dan kamera bermula RM3,899

    Apple telah mengumumkan versi terkini model iPad Pro 12.9 inci dan iPad Pro 11 inci dengan cipset Apple M2 baharu. Model baharu ini menyokong ciri hover pada Apple Pencil, sambungan yang dipertingkatkan dan ciri kamera yang dikemas kini.

    Perubahan terbesar di sini adalah cip baharu yang juga boleh ditemui pada MacBook Air 2022 dan MacBook Pro 13 inci menampilkan CPU 8 teras (teras prestasi 4x + teras kecekapan 4x), GPU 10-teras dan Enjin Neural 16 teras untuk mesin pembelajaran serta AI. Apple mendakwa lebar jalur memorinya adalah 100MB/s.

    Cipset M2 mempunyai prestasi grafik 35% lebih pantas, prestasi pembelajaran mesin 40% lebih baik dan memori jalur lebar 50% lebih besar daripada M1 pada iPad Pro generasi sebelumnya.

    Dengan skrin sentuh yang dikemas kini dan iPadOS 16, model iPad Pro baharu turut menyokong hoverdengan Apple Pencil generasi ke-2. Pensil kini dikesan sehingga 12mm di atas paparan yang boleh mendayakan fungsi tambahan dalam aplikasi. Fungsi ini akan disediakan dalam aplikasi pihak pertama dan juga pihak ketiga.

    Model iPad Pro baharu menampilkan sambungan wayarles yang dipertingkatkan dalam bentuk Wi-Fi 6E dengan kelajuan sehingga 2.4Gbps, dua kali lebih pantas daripada model sebelumnya. Terdapat juga sokongan Bluetooth 5.3 yang dikemas kini dan sambungan 5G pada model LTE.

    Akhir sekali, ciri kamera yang dipertingkatkan pada iPad Pro membolehkan pengguna merakam video terus dalam codec ProRes berkualiti tinggi dan mengubah kodnya sehingga tiga kali lebih pantas. Kamera turut ditingkatkan daripada Smart HDR 3 kepada Smart HDR 4.

    Harganya sama seperti model sebelumnya di mana model 11 inci bermula pada RM3,899 untuk model Wi-Fi dan RM4,649 untuk model LTE. iPad Pro 12.9 inci bermula pada RM5,399 dan model LTE bermula pada RM6,149. Ia akan mula dijual mulai 26 Oktober ini.

    Adakah anda akan bertukar iPad lama anda ke iPad Pro baharu? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured