More

    Cipset MediaTek Dimensity 9200 mungkin akan dilancar pada November 2022

    Pada tahun lalu, MediaTek merupakan syarikat pertama yang melancarkan cipset telefon pintar yang dibina menggunakan nod proses 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) iaitu MediaTek Dimensity 9000 5G. Ia juga antara cipset terawal yang menggunakan teras utama Cortex-X2 oleh ARM.

    Kini MediaTek dikhabarkan bakal melancarkan penyambungnya, MediaTek Dimensity 9200 5G SoC pada bulan November 2022. Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, ia bakal mempunyai CPU dengan teras utama Cortex-X3 oleh ARM yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 25%.

    Untuk GPU pula, ia mungkin akan menggunakan Immortalis-G715 iaitu pemproses grafik terpantas oleh ARM dan ia merupakan GPU pertama yang menyokong teknologi ray tracing dalam permainan video telefon.

    Dimensity 9200 dikhabarkan bakal mengekalkan nod proses 4nm oleh TSMC dan mempunyai teras Cortex-A710 dan Cortex-A510. Memandangkan Dimensity 9000 dilancar pada November tahun lepas, pelancaran Dimensity 9200 mungkin akan dilakukan dalam tempoh serupa.

    Telefon pertama dengan Dimensity 9200 dijangka akan dipasarkan bermula Disember 2022 oleh vivo dan OPPO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset MediaTek baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured