More

    Apple Fitness+ bakal dilancar untuk pengguna iPhone tanpa Apple Watch pada 24 Oktober ini

    Sebulan yang lalu, Apple mengumumkan iOS 16.1 dan tvOS 16.1 yang akan membolehkan pengguna menggunakan Apple Fitness+ tanpa Apple Watch. Hari ini, syarikat itu baru sahaja mengesahkan bahawa ia akan ditawarkan kepada para pengguna bermula 24 Oktober 2022.

    Selain daripada penggunaan Fitness+ percuma untuk pengguna iPhone, pelanggan juga menerima tiga bulan Fitness+ percuma dengan pembelian iPhone, iPad atau Apple TV baharu. Dengan iOS 16.1, iPadOS 16.1 dan tvOS 16.1, aplikasi Fitness+ akan disepadukan sepenuhnya dan disediakan di 21 negara tempat perkhidmatan itu ditawarkan termasuk Malaysia.

    Pengguna iPhone akan mempunyai akses kepada keseluruhan perkhidmatan yang menampilkan lebih 3,000 senaman dan meditasi gaya studio yang diketuai oleh pasukan jurulatih pelbagai dan inklusif. 

    Pengguna juga akan melihat panduan jurulatih pada skrin dan pemasaan selang waktu serta anggaran kalori yang dibakar akan dipaparkan pada cincin Move mereka. Pelanggan Fitness+ tanpa Apple TV juga boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim latihan atau meditasi pada peranti pihak ketiga yang serasi.

    Pada tarikh keluaran yang sama, Fitness+ juga akan memperkenalkan siri Artis Spotlight baharu yang menampilkan muzik daripada Taylor Swift dan lagu-lagunya yang baru dikeluarkan daripada album “Midnights” pada 21 Oktober. 

    Aplikasi ini juga akan memperkenalkan program senaman baharu, Yoga untuk Setiap Pelari, serta tiga koleksi baharu iaitu Totally ’80s Cycling, Best Mindful Cooldowns for Athletes dan 14-Day HIIT serta Cabaran Kekuatan.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Apple Fitness+ pada iPhone di laman web berita Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Newsroom

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...