More

    Set OPPO Reno8 Pro 5G House of the Dragon edisi terhad dilancar: Sarung House Targaryen dan telur naga emas

    Beberapa edisi khas bagi OPPO Reno8 Pro 5G amat menarik minat orang ramai terutamanya daripada segi reka bentuk. Kali ini, ia membawa set edisi terhad House of the Dragon yang kelihatan menakjubkan, namun ia hanya dijual di India dengan beberapa barangan lain.

    Di dalam kotak, telefon ini dilengkapi dengan sarung telefon House Targaryen khas berwarna hitam dengan kulit seperti sisik naga dan juga lambang Targaryen emas. Terdapat telur naga yang boleh dikumpul sebagai hiasan dengan separuh saiz Reno 8 Pro 5G.

    Selain itu, anda juga mendapat pin SIM naga, sarung telefon dengan lambang naga, rantai kunci Targaryen Sigil serta Mesej Peringatan yang ditulis oleh King Viserys 1 Targaryen. Anda juga akan menerima ‘perutusan khas’ yang mengalu-alukan kehadiran anda di House of Fire and Blood.

    Daripada segi spesifikasi teknologi, Reno 8 Pro 5G House of the Dragon Edisi Terhad adalah sama dengan edisi standard. Beberapa ciri yang diketengahkan termasuk teknologi pengecasan pantas SUPERVOOC 80W, bateri 4,500mAh, cipset MediaTek Dimensity 8100 Max + NPU Pengimejan MariSilicon X, paparan AMOLED 120Hz 6.7 inci dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured