More

    Sony Malaysia lancarkan LinkBuds S dalam warna biru Earth Blue, dibina daripada bahan kitar semula

    Selepas fon telinga wayarles Sony LinkBuds S dilancarkan pada bulan Mei lalu, kini Sony Malaysia akan menawarkan warna baharu untuk peranti boleh pakai tersebut iaitu biru Earth Blue. Warna ini bakal ditawarkan bersama warna sedia ada iaitu putih, hitam dan ecru.

    Satu ciri unik untuk warna biru baharu ini adalah ia dibuat daripada bahan yang dikitar semula daripada botol air terpakai, di mana ia menghasilkan corak guli pada bekas fon telinga ini. Setiap LinkBuds S Earth Blue akan mempunyai coraknya yang tersendiri.

    Ia turut mempunyai hubungan multi-titik (multipoint connection) yang membenarkan penukaran mudah di antara LinkBuds dan fon kepala WF-1000XM4. Fungsi ini akan ditawarkan kepada semua siri fon telinga LinkBuds dalam masa terdekat.

    Jika anda tidak mengenali fon telinga ini, LinkBuds S adalah fon telinga wayarles yang paling kecil dan ringan oleh Sony di mana ia mengutamakan keselesaan pengguna untuk membenarkannya dipakai pada setiap masa. Fon telinga ini mempunyai teknologi Adaptive Sound Control yang boleh melaraskan kelantangan muzik secara automatik berdasarkan persekitaran pengguna.

    Ia turut dilengkapi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation) dan pengiktirafan audio Hi-Res. Selain itu, ia juga terdapat dalam sebuah lagi varian iaitu Sony LinkBuds yang mempunyai reka bentuk cincin.

    LinkBuds S Earth Blue akan mula dijual di Malaysia pada 14 November 2022 pada harga RM929. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured