More

    Harga “game” dalam Steam untuk pasaran Malaysia naik sehingga 42%

    Steam adalah perkhidmatan permainan video PC yang sangat popular di Malaysia, di mana para pemain boleh membeli ribuan game yang ditawarkan dalam platform tersebut. Lebih menarik, game dalam Steam dijual dengan harga tempatan yang agak berpatutan dan bukannya ditukar terus daripada mata wang dolar Amerika Syarikat (USD).

    Sungguh pun begitu, gamers tempatan mungkin akan menghadapi harga game dalam Steam yang lebih mahal bermula hari ini. Berikutan kadar inflasi yang melanda pelbagai mata wang di seluruh dunia pada waktu ini, Steam mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan harga game dalam 39 negara bagi menyesuaikan kadar penukaran mata wang.

    Untuk pasaran Malaysia, kita berkemungkinan menghadapi peningkatan harga daripada 3% hingga 42%, bergantung kepada harga asal game tersebut dalam mata wang USD.

    Antara negara yang mengalami peningkatan harga paling tinggi adalah Argentina iaitu sehingga 536%, serta Turki iaitu sehingga 525%. Lapan negara tidak mengalami peningkatan harga ini termasuklah Kuwait, Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu.

    Perlu diingati bahawa harga game masih bergantung kepada para penerbitnya, jika mereka ingin mengikuti cadangan harga serantau (regional pricing recommendations) yang dicadangkan oleh Steam atau tidak. Oleh yang demikian, mungkin terdapat beberapa game yang tidak akan mengalami peningkatan harga jika para penerbitnya tidak ingin berbuat demikian.

    Berikut adalah peningkatan harga game dalam Steam untuk Ringgit Malaysia:

    Harga asal (USD)Harga dalam MYR (Lama)Harga dalam MYR (Baru)Peningkatan
    1.995.505.693%
    3.9910.5011.5010%
    4.9912.5013.9912%
    5.9915.5016.506%
    6.9917.5019.5011%
    7.9919.5021.7512%
    8.9921.5024.5014%
    9.9923.5026.7514%
    10.9925.5029.5016%
    11.99283214%
    12.99303413%
    13.99313616%
    14.993238.5020%
    15.993340.5023%
    16.99344326%
    17.99364525%
    18.99384724%
    19.99394926%
    24.99446139%
    29.99517241%
    34.99598442%
    39.99658835%
    44.997510033%
    49.998011038%
    54.999012236%
    59.999513340%
    64.9910514538%
    69.9911515535%
    74.9912016538%
    79.9913017736%
    84.9913918835%
    89.9914919934%
    99.9916922131%
    119.9920026533%
    129.9921728933%
    149.9925033534%
    199.9933444533%

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Steam, SteamDB

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured