More

    Menteri K-KOMM: Kelantan akan terima 5G pada awal 2023

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kelantan bakal menikmati perkhidmatan internet 5G berkelajuan tinggi seawal tahun depan, berdasarkan beberapa prospek pembangunan yang sedang dilaksanakan di negeri pantai timur itu.

    Beliau telah berunding dengan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi meletakkan Kelantan sebagai negeri yang diberi keutamaan untuk perkhidmatan jalur lebar 5G. Ini adalah kerana Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting dan menjadi perkhidmatan logistik antarabangsa.

    Hub logistik itu bukan sahaja ditujukan untuk wilayah pantai timur Semenanjung, malah boleh diluaskan hingga Thailand.

    DNB bersetuju dengan keutamaan ini dan akan memulakannya serta-merta. Syarikat itu juga akan menyambung tapak menara 5G untuk dijalankan di jajahan Kota Bharu, di mana ia dijangka akan siap selewat-lewatnya pada awal 2023.

    Buat masa ini, menara 5G di Peringat dan Ketereh sudah mula berfungsi, namun syarikat telekomunikasi hanya akan mula menyediakan perkhidmatan itu bermula bulan hadapan. Selepas itu, kerajaan akan menumpukan pada pembinaan tapak 5G di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas untuk kegunaan tentera.

    Pada asalnya, pembinaan menara 5G di Ketereh, Peringat dan Kok Lanas sepatutnya siap pada hujung 2023 namun ia telah dipercepatkan dan dijangka siap pada bulan Februari 2023.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured