More

    10 carian Google paling popular di Malaysia pada Oktober 2022

    Google Malaysia telah mengumumkan senarai perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Oktober 2022. Terdapat topik carian popular seperti kuiz Maulidur Rasul, Black Adam, Deepavali, MySPR Semak, sukan dan drama. Carian untuk Maulidur Rasul popular kerana ia jatuh pada bulan Oktober.

    Selain itu, nama Lesti Kejora juga menjadi antara carian paling popular kerana kisah artis kelahiran Indonesia yang membuatkan peminatnya kebingungan disebabkan hubungan rumah tangganya bersama Rizky Billar. Suaminya, Rizky Billar telah melakukan keganasan rumah tangga dan Lesti Kejora telah memfailkan aduan. Namun, Lesti Kejora telah menarik aduan tersebut dan dilihat berbaik dengan suaminya.

    Seterusnya, drama bersiri Netflix iaitu Monster: The Jeffrey Dahmer Story menjadi popular kerana rata-rata rakyat Malaysia memberikan perhatian kepada nama karakter asli siri tersebut iaitu Jeffrey Dahmer. Jeffrey Dahmer merupakan pembunuh bersiri dan pesalah seks yang melakukan pembunuhan serta mengerat tubuh badan tujuh belas lelaki dan kanak-kanak lelaki antara 1978 hingga 1991.

    Bukan siri itu sahaja popular bagi segmen hiburan, terdapat filem yang baru keluar di pawagam bertajuk Black Adam. Black Adam dilakonkan oleh nama besar industri filem seluruh dunia iaitu Dwayne Johnson. Beliau memegang watak adiwira utama dalam filem tersebut di bawah label DC Super Hero.

    Untuk musim perayaan atau sambutan keagamaan, Maulidur Rasul dan Deepavali menjadi topik yang dicari pada carian Google. Tambahan, bagi segmen sukan bola sepak, perlawanan tumpuan yang dicari oleh pengguna Google di Malaysia ialah Arsenal vs Liverpool, Liverpool vs Man City, Man City vs Man United dan Real Madrid vs Barcelona. Untuk sukan lain pula, National Basketball Association (NBA) dan Denmark Open 2022 menjadi carian popular selain bola sepak.

    Akhir sekali, dengan pilihan raya umum ke-15 semakin hampir, pengundi menyemak lokasi mengundi dan status pendaftaran pengundi dengan carian MySPR Semak. Jadi, inilah carian yang popular dalam sejarah carian Google Malaysia untuk Oktober 2022.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...