More

    Anda kini boleh dapatkan tanda “verified” di Twitter dengan harga ~RM38 sebulan

    Twitter telah melancarkan sebuah langganan baharu Twitter Blue yang membenarkan anda memaparkan tanda pengiktirafan biru (blue check mark) pada profil anda, dengan harga bermula USD7.99 (~RM38) sebulan.

    Perkara tersebut diumumkan dalam sebuah kemas kini aplikasi Twitter untuk peranti Apple iOS, di mana semua pengguna kini boleh mendapatkan tanda biru tersebut yang sebelum ini hanya dikhaskan untuk individu ternama seperti selebriti, wartawan dan ahli politik.

    Ini adalah langkah terbaru daripada Elon Musk selepas beliau mengambil alih Twitter pada akhir Oktober lalu. Baru-baru ini, Elon mencadangkan yuran bulanan untuk pengiktirafan “blue tick” itu dan sesiapa sahaja boleh melakukannya, tidak kira sama ada pengguna itu popular atau tidak.

    Konsep langganan ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna Twitter. Buat masa ini, ramai yang risau jika orang yang tidak bertanggungjawab akan menyalah gunakan sistem pengiktirafan baharu ini dan berpura-pura menjadi orang lain. Sebelum ini, proses pengiktirafan Twitter memerlukan pengesahan identiti namun ia tidak mengenakan sebarang yuran.

    Selain itu, mereka yang melanggan kepada pengiktirafan Twitter Blue ini juga akan menerima pelbagai faedah pada masa hadapan, seperti kurang iklan dalam laman utama, kebolehan untuk memuat naik video panjang dan keutamaan sewaktu membalas ciapan orang lain.

    Buat masa ini, pengiktirafan Twitter Blue hanya disediakan untuk platform iOS sahaja di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia buat masa ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured