fbpx
More

    Permintaan PlayStation 5 kekal tinggi walaupun dengan peningkatan harga

    Dalam sebuah mesyuarat kewangan untuk suku kedua 2022 pada awal bulan ini, Sony melaporkan bahawa permintaan untuk konsol gaming PlayStation 5 (PS5) kekal tinggi, walaupun dengan peningkatan harganya sejak bulan Ogos lalu untuk pasaran Eropah, Kanada, Australia, Jepun dan China.

    Pada waktu ini, PS5 masih sukar didapati di pelbagai negara kerana pengilangannya yang perlahan, namun ini tidak menurunkan minat ramai gamers untuk memiliki konsol terbaru oleh Sony.

    Menurut Pegawai Ketua Kewangan (CFO) Sony, Hiroki Totoki, beliau berkata permintaan PS5 tidak menurun namun mereka akan terus meneliti keadaan pasaran pada masa hadapan. Harga PS5 kini adalah lebih mahal berbanding pesaing utamanya, Xbox Series X, namun permintaan PS5 masih mengalahkan konsol Microsoft itu.

    Syarikat itu juga mengatakan para pemain PS5 kini membeli lebih banyak game untuk konsol baharu itu daripada konsol sebelumnya, menandakan pemilikan PS5 yang lebih tinggi pada waktu ini.

    Waktu permainan PS5 pada suku kedua 2022 juga meningkat berbanding suku pertama 2022, namun lebih rendah daripada suku kedua 2021 kerana situasi COVID-19 yang semakin pulih pada tahun ini memudahkan pemilik PS5 untuk keluar rumah dan tidak meluangkan banyak masa bermain game.

    Sony mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan pengilangan PS5 bagi memenuhi permintaan tinggi di seluruh dunia. Menurutnya, permintaan untuk PS5 sangat tinggi sehingga 100,000 konsol itu berjaya dijual dalam masa sekitar 17.5 jam sahaja.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Predator Helios Neo 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core Ultra 9 berharga RM7,799

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Helios Neo 14 baharu dalam barisan peranti gaming mereka. Kompuer riba ini menampilkan skrin 14 inci...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X