More

    realme lancarkan ujian UI 4.0 BETA di Malaysia bermula 2 November ini

    realme menjemput pengguna di Malaysia untuk menjadi yang pertama menguji secara eksklusif sistem operasi realme UI 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi melalui Program BETA Recruitment mulai 2 November. Versi UI 4.0 BETA realme akan tersedia untuk siri GT realme khususnya GT NEO 3, GT 2 Pro dan GT NEO 2.

    Dengan slot yang terhad, pengguna bertuah yang terpilih dengan syarat menggunakan mana-mana daripada tiga peranti di atas akan berpeluang untuk menguji realme UI 4.0 pada telefon pintar mereka sendiri melalui langkah berikut:

    1. Daftarkan peranti melalui nombor IMEI di Google Form di sini.
    2. Setelah berjaya mendaftar, pengguna akan menerima kemas kini perisian pada peranti mereka dalam masa tujuh (7) hari untuk menguji UI 4.0 BETA.
    3. Peminat boleh berkongsi maklum balas dan cadangan mereka untuk versi realme UI 4.0 BETA dalam Log Maklum Balas Pepijat.

    realme memanfaatkan peluang ini untuk peminatnya mengembangkan kreativiti mereka untuk idea widget bagi meningkatkan pengalaman telefon pintar seharian pengguna. realme juga mengadakan kempen Penciptaan Bersama Widget UI realme 2022 untuk peminat menyesuaikan pengalaman UI masa depan mereka pada produk realme.

    Peminat yang mengambil bahagian dalam kempen ciptaan tersebut perlu menyerahkan idea widget dari 15 November hingga 28 November di halaman Kempen Penciptaan Bersama Widget UI realme 4.0. Idea yang diterima pakai akan berpeluang untuk ditampilkan pada produk realme yang dikeluarkan dari suku pertama 2023 S1 dan seterusnya.

    Pemenang yang akan diumumkan pada 8 Disember 2022 juga akan berpeluang menjadi kumpulan pertama pengguna untuk menguji beta perisian dengan idea mereka dan berpeluang memenangi realme GT NEO 3 serta lencana komuniti realme eksklusif.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured