fbpx
More

    MediaTek Dimensity 9200 hadir dengan beberapa ciri yang pertama dalam industri

    MediaTek telah mengumumkan cip andalan generasi terbaharunya iaitu Dimensity 9200. Cip baharu ini berdasarkan proses TSMC 4nm (N4P) generasi kedua ini membawa beberapa ciri yang pertama dalam industri.

    Cipset ini merupakan yang pertama dilancarkan dengan teras utama Arm Cortex-X3 dengan kelajuan 3.05Ghz dan berdasarkan seni bina ARMv9. CPU ini juga membawakan teras 3x Arm Cortex-A715 dengan kelajuan 2.85GHz dan teras 4x Arm Cortex-A510 pada 1.8GHz. 

    Sementara itu, ia turut menampilkan GPU ARM Immortalis-G715 dengan enjin pengesan sinar berasaskan perkakasan di bahagian grafik. Ia menyokong Variable Rate Shading (VRS) sambil membawa prestasi pembelajaran mesin yang ditingkatkan dua kali ganda berbanding sebelum ini dan ARM Fixed Rate Compression (AFRC) untuk penggunaan lebar jalur yang dikurangkan.

    Tambahan pula, terdapat juga Unit Pemprosesan AI generasi keenam di mana APU 690 membawa peningkatan 35% berbanding pendahulunya dalam aplikasi penanda aras ETHZ5.0, sokongan untuk LPDDR5X RAM bersama memori sehingga 8,533Mbps, storan UFS 4.0 dan akses storan terus ke teras CPU. 

    Ciri-ciri lain termasuk sehingga dua paparan resolusi 5K pada 60Hz, WHQD pada 144Hz dan 1080p pada kadar penyegaran semula 240Hz, Wi-Fi 7 dengan pemindahan data sehingga 6.5Gbps, sambungan sub-6Ghz dan mmWave 5G dan Bluetooth 5.3. 

    ISP Imagiq 890 membawa sokongan asli untuk sensor RGBW di samping 34% lebih penjimatan kuasa. Ia juga menawarkan Teknologi Penjimatan Kuasa eXtreme MediaTek sebagai ciri berasaskan AI yang mendakwa menggunakan kurang kuasa sehingga 30%.

    Berdasarkan laporan, telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh Dimensity 9200 akan hadir pada penghujung tahun 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X