More

    Siri HUAWEI Mate 50 keluaran Malaysia, serendah RM65/bulan melalui pelan telko

    Bersempena dengan pelancaran HUAWEI Mate50 Series baru-baru ini, HUAWEI telah bekerjasama dengan Maxis Communications (Maxis) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dalam menawarkan barisan tawaran menarik untuk semua rakyat Malaysia.

    Siri HUAWEI Mate50 boleh didapati di seluruh negara mulai 12 November bermula pada harga RM3,699. Tersedia dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather.

    Berkuat kuasa mulai 12 November 2022, pelanggan Maxis Pascabayar boleh membeli siri HUAWEI Mate50 terbaru dari serendah RM65/bulan melalui pelan Zerolution dengan ansuran sehingga 36 bulan. Pelanggan juga layak mendapat hadiah percuma termasuk jaminan lanjutan satu tahun, ganjaran Eksklusif HMS dan jaminan skrin tiga bulan.

    Digi pula menawarkan HUAWEI Mate 50 Pro dari serendah RM70/bulan melalui pelan PhoneFreedom 365. Eksklusif untuk pelanggan Digi, mereka juga layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM786 termasuk HUAWEI Watch Fit , perlindungan skrin tiga bulan dan ganjaran Eksklusif HMS.

    Bukan itu sahaja, pelanggan yang melanggan pelan Digi Postpaid sekarang sehingga 18 Disember 2022 akan menerima 50% kuota tambahan sehingga 135GB semua akses Internet berkelajuan tinggi di samping tawaran Juara Internet Untuk Semua semasa.

    Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi terkini tentang Siri Mate50, sila lawati laman Web Rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram HUAWEI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured