More

    realme 10 5G dilancar: Skrin 90Hz, Dimensity 700, kamera 50MP bermula ~RM845

    realme telah memperkenalkan telefon terbaru dalam siri realme 10 di China iaitu realme 10 5G. Ia menampilkan spesifikasi telefon kelas permulaan namun masih mempunyai sokongan untuk rangkaian 5G.

    realme 10 5G dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz, kadar bacaan sentuh 180Hz, kecerahan 400 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.4%. Telefon ini mempunyai ukuran 164.4 x 75.1 x 8.1mm dengan berat 191 gram.

    Spesifikasi dalaman pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 33W melalui port USB-C. Sistem operasinya adalah Android 12 dengan antara muka realme UI 3.0.

    Kameranya di belakang terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan lensa AI, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP yang diletakkan dalam takuk titisan air.

    Telefon ini turut mempunyai bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, dwi-kad SIM, Wi-Fi 802.11ac, GPS dan Bluetooth 5.2. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Rijin Doujin (emas) dan hitam Stone Crystal Black.

    realme 10 5G akan dijual dalam dua varian memori, iaitu:

    • 8GB+128GB berharga CNY1,299 (~RM845)
    • 8GB+256GB berharga CNY1,599 (~RM1,045)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Selepas realme 10 5G, telefon baharu dalam siri ini akan dilancar pada 17 November 2022 iaitu realme 10 Pro 5G.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: realme China

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured