More

    Maxis tawarkan 1 juta pas tontonan FIFA World Cup Qatar 2022 secara percuma

    Sempena temasya bola sepak antarabangsa FIFA World Cup Qatar 2022 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, syarikat telekomunikasi tempatan Maxis akan menganjurkan kempen #SebolaSuara di mana ribuan peminat bola sepak di Malaysia boleh menonton temasya itu secara percuma.

    Dalam kempen ini, Maxis akan menawarkan satu juta pas percuma untuk perlawanan langsung dalam sooka bagi World Cup Qatar 2022. Bermula 20 November sehingga 18 Disember 2022, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Home Fibre boleh menebus pas melalui aplikasi Maxis atau Hotlink dengan mencari kod unik yang dihasilkan setiap hari.

    Pas percuma ini sah untuk satu perlawanan pilihan pelanggan pada setiap hari dan boleh ditebus dengan konsep siapa cepat, dia dapat. Setiap pas akan didatangkan dengan data tambahan berkelajuan tinggi 1GB untuk pengalaman tontonan terbaik.

    Pelanggan Maxis Postpaid dan Hotlink juga boleh dapatkan Pas Internet Mudah Alih 10GB yang boleh digunakan di sooka selama 30 hari selepas penebusan pas.

    Selain pas percuma ini, Maxis turut menganjurkan kempen jualan 5G Device Sale bagi memudahkan pelanggan membeli telefon pintar 5G berkualiti tinggi dengan harga serendah RM49. Pelanggan juga boleh mendaftarkan diri dalam pelan Maxis Home Fibre 300Mbps untuk beli TV pintar Samsung 65 inci dengan ansuran serendah RM50 sebulan.

    Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured