More

    Celcom anjurkan pertandingan Gila-Gila Bola untuk peluang anda menangi kereta elektrik Hyundai

    Sempena kehadiran 2022 FIFA World Cup Qatar tidak lama lagi, Celcom Axiata Berhad bakal menganjurkan kempen Celcom Gila-Gila Bola di mana mereka telah mencipta sebuah Stadium Metaverse Celcom dan akan menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertainya.

    Dalam kempen yang akan berlangsung pada 20 November hingga 20 Disember 2022 ini, para peserta boleh tonjolkan kemahiran bola sepak dalam metaverse tersebut serta menyertai permainan bola sepak digital untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta elektrik Hyundai IONIQ 5.

    Peserta boleh log masuk ke stadium Gila Bolaverse Celcom dan berinteraksi dengan pelbagai aktiviti dalam stadium itu menggunakan avatar mereka. Aktiviti ini termasuklah tarian Gila-Gila Dance, pemburuan bendera (flag hunting), baju jersi NFT Celcom edisi terhad dan pas VIP untuk menonton perlawanan akhir FIFA 2022 di Kuala Lumpur.

    Selain itu, Celcom juga telah menyusun senarai main (playlist) Gila-Gila Bola dalam platform pelayaran muzik Spotify untuk muzik bola sepak kegemaran sepanjang masa.

    Celcom juga menganjurkan promosi Spin to Score dalam aplikasi Celcom Life sehingga 31 Disember 2022, di mana para peserta berpeluang menangi kereta elektrik Hyundai IONIQ 5, telefon pintar terkini, baucar dan banyak lagi.

    Promosi ini terbuka untuk pelanggan Celcom Pascabayar, Prabayar, Home Fiber, pakej peranti, pas perayauan berharga RM88 ke atas, tambah nilai prabayar sekurang-kurangnya RM30, daftar untuk pengebilan automatik, pembayaran bil atau hanya mengaktifkan aplikasi Celcom Life buat kali pertama.

    Setiap langganan yang dibuat akan diberi satu peluang untuk “putar” dan semakin banyak putaran terkumpul, semakin tinggi peluang untuk menangi hadiah.

    Layari laman web Celcom jika anda berminat untuk menyertai kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured