More

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dilancar: Cipset telefon Android tercanggih untuk 2023

    Dalam acara Snapdragon Summit 2022 yang berlangsung pada waktu ini, syarikat semikonduktor terkemuka Qualcomm telah memperkenalkan cipset telefon pintar premium terbaharu iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Cipset ini menawarkan pelbagai penambahbaikan daripada pelbagai aspek, termasuklah pemprosesan AI, imej, prestasi gaming, rangkaian 5G dan banyak lagi.

    Snapdragon 8 Gen 2 menampilkan pemprosesan Qualcomm Hexagon Processor yang meningkatkan prestasi kecerdasan buatan (AI) sebanyak 4.35 kali lebih pantas berbanding cipset sebelumnya. Ia juga mempunyai format ketepatan (precision format) AI INT4 yang meningkatkan kecekapan sebanyak 60 peratus untuk setiap watt.

    Untuk pemprosesan imej pula, ini adalah cipset pertama yang dilengkapi Cognitive ISP (image signalling processor) untuk menala setiap gambar secara profesional. Ia juga boleh digabungkan dengan sensor imej Samsung ISOCELL HP3 200MP untuk kualiti imej yang lebih teliti, manakala kehadiran codec AV1 membenarkan tontonan video 8K HDR 60fps.

    Cipset ini turut mempunyai pemprosesan grafik Qualcomm Adreno yang dinaik taraf dan menawarkan tekapan cahaya dalam masa nyata (real-time hardware-accelerated ray tracing) serta prestasi lebih pantas sebanyak 25 peratus. CPU Qualcomm Kryo pula meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 40 peratus untuk hayat bateri yang lebih lama sewaktu bermain game.

    Daripada segi rangkaian komunikasi, ini adalah cipset Snapdragon pertama yang menyokong 5G+5G/4G Dual-SIM Dual-Active, bermaksud ia boleh gunakan dua kad SIM 5G pada masa yang sama. Hubungan 5G akan dikendalikan oleh Snapdragon X70 Modem-RF System untuk kelajuan sehingga 10Gbps. Dengan Qualcomm FastConnect 7800, ia turut menyokong hubungan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.3 yang lebih pantas.

    Buat penggemar audio, Snapdragon 8 Gen 2 menyokong audio ruangan (spatial audio) dengan jejakan kepala dinamik (dynamic head-tracking) untuk pengalaman audio persekitaran yang lebih menyeluruh. Ia juga boleh memainkan fail muzik lossless 48kHz dan sewaktu gaming pula, ia memainkan audio dengan tindak balas latency serendah 48 milisaat.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Snapdragon 8 Gen 2:

    • CPU Qualcomm Kryo 3.2GHz dengan Hexagon Processor
    • Teras: Satu Arm Cortex-X3 3.2GHz, empat Cortex-A715 2.8 GHz dan tiga Cortex-A510 2.0 GHz
    • GPU Qualcomm Adreno
    • Snapdragon X70 5G Modem-RF System untuk kelajuan 5G sehingga 10Gbps
    • Sokongan Global 5G Multi-SIM, Dual-SIM Dual-Active (DSDA) 5G+5G dan 5G+4G
    • Qualcomm FastConnect 7800 dengan sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.3
    • Pengemudian Qualcomm Location Suite dengan sokongan BeiDou, Galileo, GLONASS, NavIC, GPS, QZSS
    • USB 3.1, USB-C
    • Pengimejan Qualcomm Spectra Cognitive ISP, menyokong sensor sehingga 200MP dan tiga kamera
    • Menyokong skrin sehingga 4K @ 60 Hz, QHD+ @ 144 Hz
    • Nod proses 4nm

    Jenama telefon yang bakal melancarkan peranti dengan Snapdragon 8 Gen 2 termasuklah ASUS ROG, HONOR, iQOO, Motorola, nubia, OnePlus, OPPO, REDMAGIC, Redmi, SHARP, Sony, vivo, Xiaomi, MEIZU dan ZTE. Telefon-telefon pertama akan mula dilancar pada hujung 2022.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured