fbpx
More

    realme C30s dilancar di Malaysia: Cipset Octa-core, bateri 5,000 mAh dan skrin LCD 6.5″ bermula RM367

    Hari ini, realme memperkenalkan tambahan varian dalam siri C iaitu realme C30s. Ia menampilkan bateri 5,000mAh besar dengan badan ultra nipis dan ultra ringan. realme C30s adalah satu-satunya telefon pintar dalam segmen harganya yang hadir dengan sensor cap jari sisi.

    Sebagai telefon pintar peringkat permulaan, realme C30s pengguna membawa reka bentuk jalur menegak dengan setiap baris simetri antara satu sama lain untuk mencipta penutup belakang yang visual. Penutup itu dibina dengan permukaan berfros dengan ciri anti pecah, anti cap jari dan anti calar untuk ketahanan yang baik.

    Ia juga sebagai satu-satunya telefon pintar dalam segmen harganya yang hadir dengan pengesanan cap jari di mana kunci peranti boleh dibuka dalam masa 0.58 saat. Selain itu, algoritma pengesanan cap jari pada realme C30s terbukti lebih berkuasa daripada pendahulunya walaupun dengan kawasan penderiaan cap jari sekecil 8mm x 1.6mm.

    Terdapat dua warna iaitu Stripe Blue dan Stripe Black menampilkan reka bentuk anti-gelincir tekstur mikro, berat 182g dan badan setebal 8.5mm yang sangat ramping. Ia dilengkapi dengan paparan LCD skrin penuh 6.5 inci, nisbah skrin-ke-badan 88.7% dan kecerahan memuncak pada 400 nits. 

    Ia dikuasakan oleh cipset Octa-core Unisoc SC9863A dan bateri 5,000mAh dengan mod Ultra-Save di mana pengguna boleh menikmati hiburan berjam-jam tanpa kebimbangan. Dengan realme C30s, pengguna turut menerima kamera belakang AI 8MP dan kamera swafoto 5MP.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas realme C30s:

    • Cipset Octa-core Unisoc SC9863A
    • Paparan LCD skrin penuh 6.5-inci
    • Nisbah skrin-ke-badan 88.7% dan kecerahan memuncak pada 400 nits
    • Berat 182g dan tebal 8.5mm
    • Bateri 5,000mAh
    • Kamera belakang AI 8MP dan kamera swafoto 5MP
    • Mempunyai pengimbas cap jari
    • Warna: Stripe Blue dan Stripe Black

    Peminat boleh membeli realme C30s mulai 25 November 2022 dan seterusnya di Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada, serta Kedai Sah realme. Meraikan tambahan terbaharu kepada siri C ini, realme Malaysia menawarkan diskaun masa terhad dari 25 hingga 27 November ini.

    Sempena pelancaran, realme Malaysia menganjurkan Kempen Gores dan Menang realme untuk peminat berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang menarik sehingga RM15,400 dari 25 hingga 27 November 2022. Mekanik kempen adalah seperti di bawah:

    1. Peminat yang membeli realme C30s dan/atau C33 di kedai dan peniaga sah realme berhak menerima 1x realme Buds Classic dan 1x Realme Scratch & Win Card.
    2. Gores kad untuk mengakses nombor bertuah dan imbas kod QR yang terletak di belakang kad – peserta akan diarahkan ke halaman Facebook rasmi realme Malaysia untuk menebus ganjaran mereka.
    3. Peserta perlu memberikan butiran berikut untuk menebus hadiah wang tunai mereka:
      • Nombor yang diambil daripada kad Scratch & Win
      • Nama penuh peserta
      • Foto resit pembelian realme C30s dan/atau realme C33
      • Butiran akaun bank pilihan untuk transaksi
    4. Pemenang perlu menebus hadiah wang tunai mereka sebelum 30 November 2022 dan akan menerima ganjaran mereka sebelum 31 Disember 2022.
    ProdukWarnaHarga (RRP)Harga PromosiPromosi
    realme C30s(3 + 32GB)Stripe BlueStripe BlackRM 399RM 367Diskaun masa terhad dari 25 November hingga 27 November apabila dibeli di Kedai Sah realme dan Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada
    realme C30s(4 + 64GB)Stripe BlueStripe BlackRM 499RM 459Diskaun masa terhad dari 25 November hingga 27 November apabila dibeli di Kedai Sah realme dan Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada.

    Anda boleh dapatkan peranti ini mulai 25 November daripada RM399 di kedai rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada serta kedai sah realme. Untuk maklumat lanjut tentang realme C30s dan promosi menarik, anda boleh layari halaman Facebook rasmi realme Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X