More

    OPPO Find X6 Pro dijangka tampilkan sensor Sony pada tri-kameranya

    Setiap kali keluaran telefon pintar baharu daripada sesebuah jenama, pasti ia akan memberi beberapa peningkatan. Oleh itu, OPPO Find X5 kini akan membawa penggantinya iaitu OPPO Find X6.

    Beberapa butiran mengenai peranti ini telah didedahkan memberi gambaran jelas mengenai perkakasan kameranya. Digital Chat Station mengatakan Find X6 Pro akan menampilkan sensor Sony pada ketiga-tiga lensa kameranya.

    Untuk kamera utama, ia akan menggunakan Sony IMX 989, sensor 1 inci dengan lensa 7P dan OIS. Diikuti dengan lensa ultra lebar menempatkan sensor Sony IMX890 manakala yang ketiga dijangka membawa Sony IMX890 dengan zum optik 2.7x dan OIS. OPPO juga akan menampilkan sensor ToF (masa penerbangan/ Time of Flight) untuk membantu pemetaan kedalaman.

    Sebelum ini, khabar angin mengatakan Find X6 Pro akan dikuasakan oleh cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 atau MediaTek Dimensity 9200. Ia juga dijangka akan membawakan paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi QHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured