fbpx
More

    Siri OPPO Reno9 dilancar: Snapdragon 8+ Gen 1, OLED 120Hz, kamera OIS 50MP bermula ~RM1,580

    Pada hari ini, OPPO telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu OPPO Reno9. Siri telefon ini terdiri daripada tiga varian utama iaitu OPPO Reno9, OPPO Reno9 Pro dan OPPO Reno9 Pro Plus.

    OPPO Reno9 dan Reno9 Pro

    OPPO Reno9 dan OPPO Reno9 Pro mempunyai banyak persamaan kecuali daripada segi cipset dan kamera. Reno9 standard menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 778G manakala Reno9 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8100-Max.

    Untuk kamera pula, Reno9 standard mempunyai kamera utama 64MP dan kamera monokrom 2MP, manakala Reno9 Pro menggunakan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890 dan kamera ultra-lebar 8MP. Kedua-dua telefon mempunyai kamera swafoto 32MP RGBW.

    OPPO Reno9
    OPPO Reno9 Pro

    Kedua-dua telefon mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi FullHD+ (2412 x 1080), kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 950 nits. Memorinya terdiri daripada RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1, manakala sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka ColorOS 13.

    Untuk bateri, kedua-dua telefon mempunyai kapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas 67W. Berikut adalah harga untuk siri OPPO Reno9:

    OPPO Reno9

    • 8GB + 256GB: CNY2,499 (~RM1,580)
    • 12GB + 256GB: CNY2,699 (~RM1,700)
    • 12GB + 512GB: CNY2,999 (~RM1,888)

    OPPO Reno9 Pro

    • 16GB + 256GB: CNY3,499 (~RM2,210)
    • 16GB + 512GB: CNY3,799 (~RM2,392)

    OPPO Reno9 Pro+

    Sebagai varian tercanggih, OPPO Reno9 Pro+ mempunyai cipset yang lebih hampir kepada sebuah telefon pintar andalan, di mana ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dengan kelajuan clock 2.99GHz. Ini juga adalah telefon OPPO Reno pertama yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) untuk kameranya.

    Telefon ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz dan PWM Dimming 2,160Hz.

    Spesifikasi lain termasuklah RAM LPDDR5x 16GB, storan dalaman UFS 3.1 512GB, bateri 4,700mAh, pengecasan pantas 80W dan pengecasan wayarles 50W. Sistem operasinya adlaah Android 13 dengan antara muka ColorOS 13.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, kamera ultra-lebar 8MP, kamera monokrom 2MP dan kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX709.

    Ia turut mempunyai fungsi dwi-kad SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ax, Bluetooth 5.2, dual-frequency GPS, NFC, pemancar infra-merah, dwi-pembesar suara dan port USB-C. Berikut adalah harga untuk varian telefon ini di China:

    • 16GB + 256GB: CNY3,999 (~RM2,520)
    • 16GB + 512GB: CNY4,399 (~RM2,770)

    Semua varian dalam siri Reno9 akan mula dijual pada 2 Disember 2022 di China, manakala maklumat tentang keberadaannya di Malaysia masih tidak diketahui.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X