More

    Selangor tubuhkan pasukan kecemasan siber untuk tingkatkan keselamatan digital

    Sewaktu pembentangan Bajet Selangor 2023 baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pembentukan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Siber (Cyber Emergency Response Team, CERT) Selangor bagi meningkatkan tahap keselematan siber di negeri itu.

    Pasukan ini akan bertanggungjawab dalam melindungi, mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang serangan siber yang ditujukan pada infrastruktur informasi dan komunikasi (ICT) yang ditadbir oleh negeri Selangor. Ini adalah selari dengan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 yang diperkenalkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada Oktober 2020 lalu.

    Beliau menegaskan bahawa pasukan ini penting untuk mengurangkan risiko pendedahan, kecurian serta penyalahgunaan data rakyat Selangor oleh penjenayah siber. Dalam Bajet 2023, kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM20 juta untuk pasukan ini tempoh lima tahun, dengan tambahan RM2 juta pada 2023 untuk memulakan pertahanan siber Selangor.

    Pasukan yang akan dianggotai sekurang-kurangnya lima orang itu akan turut diberi tanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan keselamatan dan melaksanakan audit siber bagi melindungi infrastruktur ICT, data dan sistem Selangor.

    Bermula awal tahun ini sehingga September, rakyat Selangor mengalami kerugian sebanyak RM98.2 juta akibat daripada jenayah siber dan beliau berkata ini menunjukkan jenayah tersebut mampu menyebabkan kerugian ekonomi.

    Dengan penubuhan CERT Selangor, beliau berharap ia akan meningkatkan keyakinan dalam kalangan rakyat tempatan serta para pelabur luar untuk melibatkan diri dalam ekonomi digital Malaysia terutamanya negeri Selangor.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured