More

    Ribuan pekerja berhenti di kilang terbesar Apple, beri kesan pada jadual penghantaran

    Kilang pembuatan iPhone terbesar yang dimiliki oleh Foxconn di China yang terletak di Zhengzhou telah menjadi tempat pergolakan sepanjang minggu ini. Ketidakpuasan hati pekerja yang terpendam meningkat menjadi protes dalam beberapa hari lalu dan terdapat beberapa insiden pertempuran dengan anggota keselamatan.

    Akhirnya, Foxconn semalam memohon maaf atas kesilapan teknikal berkaitan gaji yang berlaku selepas mengupah kumpulan rekrut yang mendakwa telah diperdayakan berhubung faedah pampasan. Foxconn menawarkan setiap rekrut baharu yang sedang protes dengan tawaran CNY 10,000 (~RM6,210) untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan premis itu.

    Tawaran yang diberikan berjaya dilaksanakan kerana laporan mengatakan bahawa lebih 20,000 pekerja menerima tawaran tersebut. Mereka kebanyakannya adalah pekerja baru yang belum bekerja di barisan pengeluaran namun sudah mengambil wang dan pergi. Sebelum masalah bermula, lebih 200,000 kakitangan bekerja di kilang itu.

    Apa yang berlaku berpotensi memberi kesan negatif kepada pengeluaran iPhone serta jadual penghantaran. Pada 7 November, Apple berkata ia menjangkakan penghantaran iPhone 14 Pro dan Pro Max adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan. Best Buy pada hari Selasa memberi amaran bahawa siri iPhone 14 Pro kekurangan bekalan pada musim cuti ini.

    Penganalisis menganggarkan jika isu semasa ini berlarutan hingga Disember, Foxconn akan kekurangan kira-kira 10 juta unit iPhone untuk dihantar. Sebaliknya, sumber daripada Foxconn memberitahu Reuters bahawa insiden itu memberi impak besar kepada imej awam tetapi ia tidak terjejas kerana kebanyakan yang behenti belum dilatih atau mula bekerja. .

    Pergolakan pekerja dicetuskan oleh sekatan COVID yang ketat memaksa kilang itu beroperasi dalam mod tertutup dan meletakkan rekrut baharu di asrama yang dikongsi dengan pekerja positif COVID. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured