More

    Kereta elektrik Ora Good Cat dilancar di Malaysia, miliki dua varian bermula RM139,800

    Selepas dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai buat kali pertama pada awal bulan ini, akhirnya GWM Ora Good Cat EV 2023 telah dilancarkan di Malaysia. Great Wall Motors (GWM) memperkenalkan Ora Good Cat EV awal bulan ini di Ekspo Permotoran Malaysia (MME) yang diadakan di Pusat Konvensyen KL.

    Model yang dinanti-nantikan dalam barisan GWM untuk Malaysia telah menerima lebih 100 tempahan sejak tempahan dimulakan beberapa hari lalu. Terdapat dua varian Ora Good Cat iaitu 400 Pro dan 500 Ultra. Kedua-dua model akan menampilkan motor elektrik pada 143 PS dengan tork 210 Nm.

    Untuk varian 400 Pro, ia boleh bergerak sejauh 400km dengan kuasa yang disalurkan daripada bateri fosfat besi litium 47.8 kWh. 400 Pro mengambil masa lapan jam untuk mengecas penuh melalui input AC dan ia mengambil masa 46 minit untuk mengecas daripada 0 hingga 80% melalui pengecasan pantas DC (sambungan CCS2).

    Varian 500 Ultra menawarkan jarak sehingga 500km dengan kuasa daripada bateri litium ternary 63.1 kWh yang lebih besar. Pengecasan penuh melalui pengecasan AC akan mengambil masa kira-kira 10 jam manakala pengecasan pantas DC daripada 0 hingga 80% akan mengambil masa kira-kira 40 minit.

    Bahagian dalaman varian 400 Pro dihiasi dengan fabrik hitam manakala 500 Ultra akan menggunakan kulit sintetik. 400 Pro juga dilengkapi dengan rim 17 inci manakal 500 Ultra menggunakan rim aloi 18 inci. Sebanyak enam pilihan warna disediakan termasuk Coral Blue, Hamilton White, Sun Black, Mars Red, Verdant Green dan Hazel Wood Beige.

    Good Cat 400 PRO boleh didapati daripada pengedar GWM di seluruh Malaysia pada harga RM139,800 termasuk SST. Bagi varian 500 ULTRA pula, harga jualan dengan SST ialah RM169,800. Kereta elektrik ini mempunyai waranti 5 tahun atau 150,000km manakala baterinya mempunyai waranti 8 tahun atau 180,000km.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Paultan

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured