More

    Corning Gorilla Glass Victus 2 dilancar: Rintangan jatuh dan calar yang lebih baik

    Corning Gorilla Glass telahpun digunakan dalam lapan bilion peranti merentas 45 jenama utama. 85 peratus pembeli di China, India dan Amerika Syarikat (AS) menganggap ketahanan sebagai faktor terpenting dalam pembelian telefon pintar. Kini, ia telah melancarkan Gorilla Glass Victus 2 menawarkan rintangan jatuh yang lebih baik.

    Gorilla Glass Victus 2 lebih fokus pada rintangan jatuh. Syarikat itu telah menggunakan komposisi kaca baharu yang berpotensi menyelamatkan peranti daripada terjatuh secara tidak sengaja pada permukaan kasar. 

    Corning mengatakan bahawa prestasi jatuh Victus 2 adalah sehingga 1m pada 80-grit dan sehingga 2m pada 180-grit. Dalam ujian makmal, kaca baharu itu dilihat tahan jatuh daripada paras satu meter pada permukaan konkrit serta paras dua meter pada permukaan jalan raya. Kali ini, tahap rintangan calar adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada generasi sebelumnya serta empat kali ganda lebih baik daripada pesaingnya.

    Menurut Corning, telefon pintar semasa mempunyai berat yang 15% lebih tinggi dan saiz skrin yang 10% lebih besar daripada empat tahun lalu, lantas meningkatkan tekanan pada kaca skrin dan kemungkinan untuk rosak. Gorilla Glass Victus 2 telah direka untuk memberikan ketahanan tertinggi kepada para pelanggan dan OEM (Original Equipment Manufacturer).

    Telefon pintar yang mempunyai Gorilla Glass Victus 2 dijangka memasuki pasaran dalam beberapa bulan akan datang. Kami menjangka ia adalah siri Samsung Galaxy S23. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...