More

    Facebook Dating perkenalkan fungsi pengesahan umur supaya remaja tidak boleh gunakannya

    Facebook mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sistem pengesahan umur (age verification) dalam platform Facebook Dating supaya hanya pengguna yang berumur 18 tahun ke atas boleh menggunakannya. Perkhidmatan media sosial itu akan bekerjasama dengan Yoti iaitu sebuah syarikat teknologi yang mempunyai kepakaran dalam mengesahkan umur secara dalam talian.

    Untuk mengesahkan umur, Facebook Dating mempunyai dua kaedah iaitu dengan mengambil swafoto video (video selfie) atau gambar kad identiti. Dalam swafoto video, pengguna perlu mengambil rakaman video yang menunjukkan muka mereka sambil mengikuti arahan yang dipaparkan pada skrin. Teknologi daripada Yoti akan mengagak umur pengguna daripada paras muka mereka secara automatik.

    Selain itu, Facebook Dating akan memerlukan pengguna untuk memuat naik gambar kad identiti mereka bagi tujuan pengesahan umur. Facebook memberi jaminan bahawa kad identiti ini akan disimpan dengan selamat dan tidak dipaparkan pada profil Facebook. Pengguna juga boleh tetapkan tempoh supaya data kad identiti itu akan dipadamkan secara automatik, selepas umur pengguna telah disahkan.

    Facebook telah menguji kaedah-kaedah ini sejak Jun lalu dan mereka berjaya menghentikan 96% daripada jumlah remaja bawah umur yang ingin menukarkan umur mereka kepada 18 tahun. 81% daripada jumlah pengguna pula lebih cenderung untuk gunakan kaedah video swafoto untuk pengesahan umur.

    Buat masa ini, pengesahan umur Facebook Dating hanya akan disediakan dalam Amerika Syarikat dan Facebook merancang untuk meluaskannya dalam banyak lagi negara pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured