More

    Siri Xiaomi 13 mungkin dilancarkan pada 11 Disember ini

    Xiaomi pada asalnya dijadualkan mengumumkan siri Xiaomi 13 pada 1 Disember di China. Bagaimanapun, ia memutuskan untuk membatalkan acara itu kerana kematian bekas pemimpin China, Jiang Zemin. Akaun Weibo dan laman web rasmi untuk Xiaomi China masih belum mengesahkan tarikh pelancaran baharu untuk siri Xiaomi 13.

    Baru-baru ini, tangkapan skrin aplikasi Mi Store yang kini tersebar di Weibo menunjukkan bahawa siri Xiaomi 13 sedia untuk dilancarkan pada 11 Disember 2022. Sumber menunjukkan bahawa acara pelancaran akan diadakan pada 7 malam waktu tempatan pada tarikh tersebut.

    Selain daripada siri Xiaomi 13, syarikat itu dijangka akan memperkenalkan beberapa produk seperti MIU 14, Xiaomi Watch S2, Xiaomi Buds 4 dan Xiaomi Mini Host yang akan menjadi PC desktop pertama syarikat itu. Xiaomi 13 model standard akan tiba dengan paparan rata E6 AMOLED yang berukuran 6.36 inci.

    Sebaliknya, Xiaomi 13 Pro akan mempunyai skrin melengkung AMOLED QHD+ 6.73 inci. Kedua-dua telefon akan menyokong kadar penyegaran 120Hz. Xiaomi 13 dan 13 Pro akan dilengkapi dengan storan Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5x dan storan UFS 4.0.

    Model standard akan memuatkan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W manakala model Pro akan menampilkan bateri 4,820mAh dengan pengecasan pantas 120W. Varian Pro juga akan menawarkan pengecasan tanpa wayar 50W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured