More

    Pembangun Apple App Store boleh kenakan bayaran kepada pelanggan sehingga RM49,999 di Malaysia

    Apple telah mengumumkan peningkatan paling komprehensif kepada sistem harga App Store yang menyediakan pembangun di seluruh dunia dengan 700 mata harga tambahan dan alat harga baharu. Di Malaysia, pembangun App Store kini boleh mengenakan caj minimum 90 sen dan sehingga maksimum RM49,999.

    Semalam, Apple mengatakan bahawa pilihan harga yang ditingkatkan akan disediakan untuk semua transaksi di App Store menjelang musim bunga 2023. Perubahan itu turut membawa keupayaan baharu bertujuan memudahkan mereka yang menawarkan barangan untuk menguruskan jualan, pemulangan, cukai dan lain-lain.

    Bermula pada hari ini dan diteruskan sepanjang tahun depan, keupayaan ini akan mewujudkan lebih banyak fleksibiliti untuk pembangun dalam menetapkan harga produk mereka. Dengan ini, pembangun juga mudah didekati oleh jutaan pengguna Apple di seluruh dunia.

    Berdasarkan sistem harga yang dikemas kini, pembangun dapat memilih daripada 900 mata harga iaitu hampir 10 kali ganda bilangan pilihan harga yang disediakan sebelum ini untuk pembangun aplikasi. Berikut merupakan kemas kini harga App Store di Malaysia:

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Apple Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured