More

    HUAWEI WATCH D dilancar di Malaysia: Miliki ECG dan sensor tekanan darah berharga RM1,999

    Semasa pelancaran HUAWEI Mate 50 Pro baru-baru ini, HUAWEI Malaysia juga turut melancarkan jam tangan pintar HUAWEI WATCH D. HUAWEI WATCH D mempunyai pengawasan kesihatan dengan ciri ECG jenis pergelangan tangan dan pemantauan tekanan darah semasa.

    Beratnya hanya 40.9g dan mempunyai pelbagai mod senaman serta fungsi pemantauan kesihatan. HUAWEI WATCH D juga menggunakan pam mini untuk mengukur tekanan darah dengan tepat pada bahagian tali jamnya. Peranti ini juga memiliki sistem pengukuran tekanan yang tepat boleh mengekalkan ralat pengukuran tekanan dalam ±3mmHg.

    HUAWEI WATCH D diletakkan dengan modul sensor berprestasi tinggi ECG yang menyokong rakaman data dan segera menjana laporan ECG. Selain itu, HUAWEI WATCH D juga menyokong pemantauan ECG yang mengingatkan pengguna untuk melakukan pengukuran ECG sebaik sahaja denyutan jantung tidak normal dikesan.

    HUAWEI WATCH D juga menyokong pengukuran tekanan darah, pemantauan kadar jantung, pemantauan tidur saintifik, pemantauan SpO2 sepanjang hari, pengesanan suhu kulit, pemantauan tekanan dan dilengkapi dengan lebih daripada 70 mod senaman. Digabungkan dengan mod pintar, ia menawarkan hayat bateri yang panjang selama 7 hari

    Berharga RM1,999, HUAWEI WATCH D boleh didapati untuk tempahan bermula 12 Disember 2022 hingga 23 Disember 2022 melalui laman rasmi HUAWEI. Adakah anda berminat untuk membeli HUAWEI WATCH D ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured