More

    Siri Tecno Phantom X2 dilancar: Dimensity 9000, skrin AMOLED 6.8″ & kamera bergerak 50MP

    Sebelum tahun ini berakhir, satu lagi telefon pintar menarik telah dilancarkan iaitu siri Tecno Phantom X2. Varian Pro siri ini membawa kamera bergerak yang jarang dilihat dalam reka bentuk terkini.

    Tecno Phantom X2 dan X2 Pro dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9000, LPDDR5X RAM dan storan UFS 3.1. Kedua-duanya memaparkan paparan AMOLED 6.8 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dan berkapasiti 5,160mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

    Daripada segi kamera, Phantom X2 Pro menampilkan sensor ISOCELL 3.0 1/1.3 inci 50MP  untuk kamera utamanya dan kamera ultra lebar 13MP yang berfungsi sebagai kamera makro kerana ia mempunyai autofokus. 

    Ia mempunyai lensa potret dengan sensor ISOCELL JN1 50MP, apertur f/1.5 yang sangat terang dan lebar untuk lensa telefon pintar berukuran 65mm. Yang menariknya, bahagian kamera ini akan memanjang ketika digunakan dan ditarik balik setelah selesai menangkap gambar. Walaupun begitu, ia masih mengekalkan reka bentuk yang langsing. 

    Seterusnya, varian standard mempunyai kamera utama 64MP, kamera makro 13MP dan sensor kedalaman 2MP tambahan. Kedua-dua telefon ini menggunakan kamera swafoto 32MP.

    Phantom X2 Pro hadir dalam warna Mars Orange dan Stardust Grey manakala varian standard terdapat warna Stardust Grey dan Moonlight Silver. Harga siri ini belum didedahkan lagi, tetapi ia dijangka akan mula dijual dalam beberapa minggu akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured