More

    Microsoft akan bina “game” Call of Duty untuk platform Nintendo selama 10 tahun

    Jika anda merupakan penggemar platform gaming Nintendo, anda mungkin boleh mainkan game popular Call of Duty dalam konsol Nintendo pada masa hadapan. Menurut Ketua Pegawai Ekeskutif (CEO) Microsoft Gaming Phil Spencer, syarikatnya telah menandatangani sebuah perjanjian di mana Microsoft akan bina game Call of Duty untuk platform Nintendo.

    Perjanjian ini melibatkan komitmen selama 10 tahun untuk Call of Duty ditawarkan dalam platform Nintendo. Dalam sebuah ciapan, Spencer mengatakan ini adalah komitmen Microsoft untuk benarkan pelanggannya untuk bermain game dalam mana-mana platform pilihan mereka.

    Beliau juga mengesahkan bahawa Call of Duty akan terus ditawarkan dalam platform PC Steam. Ini adalah berita terbaru mengenai Call of Duty, selepas penerbitnya Activision Blizzard mengumumkan penggabungan dengan Microsoft.

    Selain itu, Microsoft juga berharap Sony akan turut menerima perjanjian 10 tahun ini bagi membenarkan Call of Duty ditawarkan dalam platform PlayStation. Sebelum ini, Sony membangkang penggabungan Activision Blizzard dengan Microsoft kerana ia mungkin akan mengancam industri game dan para pemain.

    Adakah anda berminat untuk memainkan Call of Duty dalam konsol Nintendo Switch? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured