fbpx
More

    5 video mengenai virus dan COVID-19 untuk kanak-kanak, Kapten Kebenaran, Didi & Friends dan banyak lagi

    Mungkin anak-anak anda menyerang anda dengan pelbagai persoalan pada waktu ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Anda pula mungkin mencuba memberi jawapan yang mudah untuk difahami. Fitrah kanak-kanak, mungkin mereka akan bertanya kembali soalan-soalan tersebut. Oleh itu, kami telah menyenaraikan lima video untuk tontonan anak-anak anda.

    Video ini terdiri daripada video bahasa Melayu dan Inggeris. Turut serta dalam kompilasi ini adalah video Didi & Friends, Kapten Kebenaran (watak daripada BoboiBoy) dan Upin & Ipin. Jika anak anda fasih dengan bahasa Inggeris, anda juga boleh cuba memaparkan video lain dalam kompilasi ini! Jom tonton video di bawah!

    #1 Didi & Friends – Lagu Jom Lawan Coronavirus

    Didi & Friends merupakan siri animasi yang terkenal dalam dunia kanak-kanak. Usaha lagu ini adalah untuk membantu anda menerangkan cara melawan Koronavirus! Apa yang menariknya adalah ia merupakan sebuah lagu! Boleh berdansa sambil mendapat maklumat.

    Sumber: Didi & Friends – Lagu Kanak Kanak

    #2 Kapten Kebenaran (BoboiBoy) – Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!

    Video ini bukanlah sebuah lagu, tetapi video penuh informasi yang mudah diterima untuk kanak-kanak melalui watak terkenal dalam animasi BoboiBoy, Kapten Kebenaran dan anaknya. Mungkin anda boleh terus mengajak anak anda untuk menonton video ringkas ini jika mereka mengajukan soalan ‘Kenapa tak boleh keluar rumah?’.

    Sumber: Monsta

    #3 Upin & Ipin Musim 11 – Siri Hapuskan Virus!

    Siri animasi Upin & Ipin ini bukan sahaja sesuai untuk tontonan kanak-kanak, tetapi juga seisi keluarga! Siri ini mengisarkan tentang Upin & Ipin bersama rakannya dalam membantu menjelaskan bahaya virus dan kepentingan vaksin kepada kanak-kanak kerana mereka merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada penyakit!

    Sumber: Les’ Copaque Production

    #4 The Dr Binocs Show – Coronavirus

    Jika anda fasih berbahasa Inggeris atau anda ingin mereka untuk mencuba menonton video dalam bahasa Inggeris, anda boleh cuba menonton video ini bersamanya. Video berinformasi ini agak kaya dengan pelbagai maklumat. Bukan sahaja virus, tetapi Koronavirus juga.

    Sumber: Peekaboo Kidz

    #5 Dr. Panda TotoTime – Coronavirus Outbreak

    Melalui video ini, anda bukan sahaja mendedahkan tentang Koronavirus kepada anak anda, tetapi juga cara untuk melindungi diri daripada wabak ini. Mereka mungkin akan mula memahami apa itu penularan virus dan kenapa kita perlu kekal berada di rumah.

    Sumber: Dr. Panda TotoTime – Official Channel

    Mungkin masih banyak video di YouTube mahupun di laman lain yang boleh menerangkan secara mudah tentang penularan virus yang berlaku. Kelima-lima video ini adalah hanya berdasarkan rekomendasi peribadi kami. Jangan lupa untuk menonton bersama anak anda! Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X