More

    iQOO Neo7 SE dilancar: Dimensity 8200, skrin 6.78″ 120Hz dan cas pantas 120W bermula ~RM1,330

    Minggu ini, iQOO telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu iQOO 11 5G. Selain telefon tersebut, iQOO turut melancarkan iQOO Neo7 SE iaitu telefon segmen pertengahan dengan perkakasan peringkat perdana. iQOO Neo 7 SE merupakan pengganti kepada iQOO Neo 7 yang popular.

    Berita yang tertiris sebelum ini telah mengesahkan hampir semua spesifikasi dan ciri iQOO Neo7 SE. iQOO Neo7 SE menampilkan panel paparan AMOLED FHD+ 6.78 inci dengan resolusi 1,080 X 2,400 piksel, nisbah bidang 20:9, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits.

    Skrinnya mempunyai potongan lubang tebuk di bahagian atas yang menempatkan kamera swafoto 16MP. iQOO Neo7 SE dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8200 dengan proses nod 4nm. Neo7 SE mempunyai persediaan tiga kamera di bahagian belakang, dengan kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optik (OIS), makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.

    Telefon ini mempunyai bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. iQOO mendakwa Neo7 SE boleh mengecas sehingga 60 peratus dalam masa 10 minit sahaja. Peranti ini hadir dengan lima pilihan storan berbeza serta tiga pilihan warna berbeza iaitu Electric Blue, Interstellar Black dan Galaxy.

    iQOO Neo7 SE dengan varian 8/128GB berharga CNY 2,099 (~RM1,330), varian 16/256GB berharga CNY 2,799 (~RM 1,772) dan varian 12/512GB berharga CNY 2,899 (~RM1,835). iQOO belum lagi mengesahkan pelancaran iQOO Neo7 SE di mana-mana lokasi di luar China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured