More

    Butiran siri HUAWEI P60 dan Mate 60 tertiris, mungkin dilengkapi SD 8+ Gen 1 4G

    Siri HUAWEI Mate 50 telah diperkenalkan beberapa bulan lalu dan kini butiran tentang siri HUAWEI Mate 60 sudah mula muncul di dalam talian. Sumber mendakwa siri HUAWEI Mate 60 akan dilengkapi dengan cipset Qualcomm dan hanya akan menawarkan sambungan 4G.

    Sumber juga mendakwa siri HUAWEI P60 dan Mate 60 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm. Siri P60 yang dijangka muncul pada awal tahun depan dilaporkan akan menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 4G. P60 dilaporkan juga tidak lama lagi akan memasuki peringkat pengeluaran besar-besaran.

    Selain itu, siri Mate 60 dikatakan dilengkapi dengan cipset dengan nombor model SM8525 yang berkemungkinan versi 4G sahaja bagi Snapdragon 8 Gen 2. Seperti yang dinyatakan, siri Mate 60 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Laporan terbaru mendedahkan spesifikasi dan reka bentuk model standard HUAWEI P60.

    Peranti ini dijangka menampilkan lensa apertur berubah-ubah yang pertama kali diperkenalkan dengan model Mate 50. Ia mungkin menggunakan kamera telefoto 64MP yang dinaik taraf dan menempatkan dua kamera swafoto dengan potongan skrin berbentuk pil. Bahagian belakangnya juga dijangka mempunyai susunan modul kamera bulat berkembar.

    Namun, pihak HUAWEI masih belum mengesahkan secara rasmi sebarang butiran mengenai siri yang akan datang ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured