More

    airasia Super App bakal lancarkan ciri baharu: Sembang, “games” dan hadiah airasia untuk ahli komuniti

    Capital A yang merupakan syarikat di sebalik airasia Super App telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak ciri yang akan datang ke aplikasi itu seperti sembang airasiagame dan hadiah untuk ahli komuniti airasia.

    Menurut Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata ini merupakan visinya untuk menubuhkan komuniti airasia sebagai platform penglibatan dengan gelaran airasia Republic. Dengan ini, pengguna airasia Super App kini boleh menyediakan profil sosial mereka sendiri dalam komuniti melalui bahagian Profil.

    Pengguna airasia Super App boleh bersembang antara satu sama lain dalam senarai kenalan dan melibatkan diri dengan lebih 20 komuniti aktif. Ini terdiri daripada penggemar makanan, pengembara dan saluran untuk mendapatkan berita atau promosi terkini daripada keseluruhan ekosistem airasia. 

    Selain itu , ciri hadiah airasia hanya boleh diakses melalui sembang airasia di mana pengguna boleh mengalami pemberian mudah alih rentas sempadan. Dalam kategori hadiah, ini termasuk:

    • Produk airasia – Penerbangan, Hotel, Makanan
    • Kecantikan, Kesihatan & Kesejahteraan (Watsons, BMS, Thai Paradise, Ogawa)
    • Hiburan (Rangkaian PlayStation, Razer)
    • Fesyen (Zalora, Adidas, FootLocker)
    • Makanan & Minuman (Starbucks, FamilyMart, Secret Recipe, Dominos)
    • Lebih 300 jenama baucar hadiah mudah alih untuk dipilih

    Sempena pelancaran hadiah airasia, terdapat promosi istimewa RM1 untuk aiskrim Family Mart dan RM1 Puff Nasser (karipap) dari Santan. Berikut merupakan langkah untuk menghantar hadiah kepada keluarga dan rakan anda:

    1. Pergi ke ‘airasia chat’ dan klik pada ‘airasia gifts’
    2. Pilih negara tempat anda menghantar hadiah airasia
    3. Pilih kategori hadiah
    4. Sesuaikan mesej peribadi anda dan kertas dinding/ reka bentuk
    5. Kongsi hadiah dengan keluarga dan rakan anda

    Apl Super airasia boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Airasia newsroom

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...