More

    Jabra Evolve2 Buds dilancar: ANC boleh laras, bateri 33 jam dan dongle USB bermula RM1,640

    Baru-baru ini Jabra telah melancarkan Jabra Evolve2 Buds iaitu produk terbaru dalam siri Evolve. Evolve2 Buds diperakui untuk platform mesyuarat maya terkemuka termasuk Microsoft Teams dan Zoom. Ia didatangkan dengan teknologi Adjustable Active Noise Cancellation (ANC) untuk tetapan ANC kepada pilihan pendengar.

    Selain itu, terdapat juga ciri ujian pengedap MyFit dan SafeTone with PeakStop yang memastikan perlindungan pendengaran yang dipertingkatkan serta pengedap yang optimum. Evolve2 Buds juga membolehkan pengguna merasai pengalaman perbualan berkualiti tinggi dengan ciri Jabra MultiSensor Voice.

    Ia menggunakan gabungan unik empat mikrofon dengan sensor algoritma terkini untuk menyekat sebanyak mungkin bunyi di sekeliling. Evolve2 Buds menampilkan rangkaian wayarles yang jauh dicapai menggunakan dongle dalam kotak yang boleh dimasukkan ke PC. Sambungan boleh mencapai jarak wayarles sehingga 20 meter/65 kaki.

    Fon telinga ini menyediakan masa bercakap selama 5 jam dan hayat bateri selama 33 jam termasuk sarung pengecas. Seterusnya, ia juga mempunyai sambungan Multipoint yang menyambungkan dua peranti secara serentak dan penggunaan HearThrough membolehkan pengguna mendengar bunyi sekeliling melalui fon telinga ketika memakainya.

    Evolve2 Buds dijual mulai akhir November dengan harga RM1,640 untuk USB-C UC dan RM 1,860 untuk USB-C UC dengan Pad Pengecasan Wayarles. Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Evolve2 Buds dengan melayari laman rasmi Jabra. Adakah anda berminat dengan Jabra Evolve2 ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured