fbpx
More

    HUAWEI MatePad Pro (2022) dilancar di Malaysia: Berharga RM4,299 pada 15 Disember 2022

    HUAWEI mengumumkan tablet andalannya iaitu HUAWEI MatePad Pro pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022. HUAWEI MatePad Pro generasi baharu mmebawa peningkatan reka bentuk luaran, kualiti skrin, pengalaman audio-visual, perisian dan perkakasan.

    Ia menggunakan paparan OLED 12.6 inci 120Hz dengan reka bentuk ergonomik, warna yang bergaya dan kemasan beku pada penutupnya. Tablet baharu ini menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90%, ketepatan warna ΔE < 1 dan 1.07 bilion warna memberikan tontonan yang jelas dan nyata.

    Dengan Teknologi Ketekalan Warna Universal dan Pensijilan TÃœV Rheinland Full Care Display 3.0, ia memberikan warna yang konsisten dan cahaya biru yang rendah untuk keselesaan mata. Ia juga dilengkapi dengan sistem audio HUAWEI SOUND di mana lapan pembesar suara menawarkan frekuensi tinggi dan rendah untuk pengalaman audio-visual sinematik.

    Bagi pengguna HUAWEI, anda pasti tahu ciri Pengganda Aplikasi dan Berbilang Tetingkap (Multi-Window) untuk melakukan pelbagai tugas. Ciri ini dipertingkatkan dengan leretan yang mudah dan pantas untuk pengguna membuka hingga empat aplikasi secara bersebelahan dan terapung secara.

    Perisian yang digunakan adalah HarmonyOS 3 dengan reka latar skrin utama dan widget yang boleh disesuaikan. Aplikasi Nota profesional yang dibangunkan HUAWEI membolehkan pengguna menyunting dan menyusun nota secara profesional. Ciri Ambil Coretan (Take Snippet) membenarkan pengguna mengambil teks daripada gambar dari mana-mana halaman.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X