fbpx
More

    Siri HUAWEI Mate50 dan peranti HUAWEI lain kini boleh akses aplikasi Google, ini caranya:

    Baru-baru ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas andalan siri HUAWEI Mate50 yang menampilkan rekaan menarik serta spesifikasi yang sangat canggih seperti skrin OLED 120Hz, cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem kamera XMAGE.

    Dengan teknologi yang canggih tersebut, siri HUAWEI Mate50 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan para pelanggan di Malaysia. Malah, jualan untuk HUAWEI Mate50 Pro Edisi Kunlun Glass dalam warna Orange Vegan Leather amat tinggi sehingga ia kehabisan stok pada hari pertama penjualannya.

    Sungguh pun begitu, mungkin masih ada yang risau jika telefon pintar HUAWEI boleh mengakses aplikasi Google atau pun tidak. Kini anda tidak perlu bimbang kerana siri peranti Mate50, nova, MatePad dan banyak lagi produk HUAWEI sudah boleh mengakses Google dengan mudah.

    Buat masa ini, HUAWEI Malaysia mempunyai banyak permintaan daripada para pelanggan bagi membawa varian lain untuk telefon tersebut. HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan warna baharu untuk peranti tersebut iaitu perak dan Carbon Black.

    HUAWEI Mate50 turut ditawarkan dalam edisi khas yang dilengkapi kaca Kunlun Glass untuk mutu buatan yang lebih kukuh. Kunlun Glass adalah teknologi kaca baharu yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri, di mana setiap kaca mempunyai nanokristal sebanyak 10 kuadrilion untuk meningkatkan ketahanan serta mengelakkan kesan retak.

    Kunlun Glass juga adalah kaca pertama yang menerima pengiktirafan ketahanan lima bintang daripada Société Générale de Surveillance (SGS) Switzerland dan mempunyai kekuatan yang lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding kaca telefon lain.

    Berbalik kepada cara menggunakan aplikasi Google dalam peranti HUAWEI, anda hanya perlu muat turun aplikasi LightHouse daripada HUAWEI AppGallery. Selepas anda selesai memasangnya dalam telefon, anda boleh daftar masuk menggunakan akaun Google kemudian anda sudah boleh menggunakan aplikasi Google dalam telefon HUAWEI anda.

    Antara aplikasi Google yang boleh digunakan melalui cara ini termasuklah Photos, Translate, Google One, Find My Device, YouTube, Chrome, Lens, Street View dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi lain seperti Instagram, Twitter dan Reddit.

    HUAWEI memberi jaminan bahawa semua aplikasi yang dimuat turun daripada AppGallery adalah selamat untuk digunakan. Telefon HUAWEI turut mempunyai fungsi Security Check yang boleh semak jika terdapat aplikasi yang mencurigakan dalam telefon anda.

    Peranti HUAWEI yang boleh dipasangkan dengan LightHouse termasuklah Mate50, Mate50 Pro, Mate Xs2, nova 10, nova 10 Pro, nova 10 SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9 SE, nova8i, P50, P50 Pro, P50 Pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, Matepad 10.4d an Matepad Pro 12.6.

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk promosi terkini buat semua produknya, termasuklah promosi Krismas yang sedang berlansung pada waktu ini sehingga 2 Januari 2023. Siri HUAWEI Mate50 Pro pula akan dijual pada harga bermula RM4,499 dan boleh dibeli di laman web HUAWEI Malaysia, kedai HUAWEI Experience Store, Shopee dan Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    [Ditaja oleh HUAWEI Tech]

     

    Artikel Terkini

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    vivo kongsi gambar yang diambil dengan vivo X100 Ultra, paparkan kebolehan zum

    vivo dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s dan vivo X100 Ultra pada hujung bulan ini. Sempena pelancarannya yang semakin...

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured