fbpx
More

    OPPO akan perkenalkan robot anjing pertama pada 14 Disember 2022

    OPPO akan menganjurkan acara teknologi OPPO INNO DAY pada hari ini, di mana syarikat teknologi China itu dijangka akan melancarkan pelbagai produk baharu termasuklah telefon pintar lipat OFFO Find N2.

    Selain telefon itu, OPPO mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan robot anjing yang pertama, bernama QRIC. Dalam sebuah video pendek yang dimuat naik ke dalam Twitter, ia menunjukkan robot tersebut lebih dikhaskan untuk tujuan penjagaan kanak-kanak.

    QRIC boleh melakukan pelbagai gerakan menarik seperti melompat, mengangkat barang dan backflip. Kanak-kanak juga boleh mengawalnya seperti sebuah permainan.

    Robot ini mempunyai sensor kamera di bahagian hadapan untuk berinteraksi dengan pengguna, serta mengawasi kanak-kanak jika beliau jatuh. QRIC boleh membuat panggilan telefon dan menggunakan kamera tersebut untuk membuat panggilan video.

    Robot anjing OPPO QRIC ini mungkin diwujudkan sebagai pesaing utama kepada CyberDog oleh Xiaomi. Setakat ini masih tidak diketahui jika QRIC akan dijual secara komersial atau sekadar demonstrasi teknologi oleh OPPO.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan robot ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X