fbpx
More

    12 ‘game’ Steam yang boleh dimainkan secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

    Jika anda rasa bosan sewaktu mengasingkan diri dalam rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mungkin anda boleh mengisi masa dengan bermain game! Berikut adalah game PC percuma yang anda boleh main di Steam pada waktu ini. Dan jangan risau, semua game di bawah ini tidak memerlukan PC yang berkuasa tinggi untuk memainkannya.

    1 – 100% Orange Juice

    Ini adalah sebuah permainan papan (board game) digital multi-pemain yang dibina oleh Orange Juice, menampilkan watak daripada game Orange Juice yang lain seperti Flying Red Barrel, QP Shooting, Suguri dan Sora. Dapatkan sebelum 31 Mac, 1:00am.

    2 – 200% Mixed Juice

    Game ini dilancarkan untuk menyambut ulangtahun Orange Juice ke-10. Kali ini ia bukannya sebuah permainan papan digital tetapi game RPG dengan corak permainan RPG klasik yang turut menampilkan watak-watak Orange Juice. Dapatkan sebelum 31 Mac, 1:00am.

    3 – Simple Story – Alex

    Ini adalah game pendek yang menceritakan sebuah cerita interaktif tentang Alex yang nampak seperti seorang yang gagal. Selepas menjalani hidup penuh dengan dugaan dan alkohol, dia memutuskan untuk memperbaiki dirinya dan memenuhi impiannya untuk menjadi seorang hero.

    Pada suatu hari, dia keluar daripada rumahnya dan tiba-tiba beliau berada dalam sebuah kuil misteri secara teleport. Untuk keluar daripada situasi tersebut, pemain perlu membantu Alex memahami apa yang telah berlaku. Dapatkan sebelum 31 Mac, 5:00am.

    4 – Nephise Begins

    Nephise Begins menceritakan sebuah kisah bagaimana Nephise pernah menjadi seorang pengumbul orb. Indie game ini menampilkan corak permainan teka-teki dengan penceritaan sewaktu berjalan dalam sebuah hutan yang mempunyai cuaca terik dan berkabus. Dapatkan sebelum 1 April, 2:00pm.

    5 – Between Two Castles – Digital Edition

    Between Two Castles adalah sebuah lagi permainan papan digital multi-pemain yang memerlukan semua pemain untuk bekerjasama hingga akhir, namun hanya seorang sahaja yang akan menang. Setiap pemain perlu menyusun langkah-langkah mereka dengan strategik untuk menang. Dapatkan sebelum 31 Mac, 1:00am.

    6 – Project Mercury

    Project Mercury adalah sebuah game yang mempunyai latar seperti Tron dengan grafik neonnya dengan resolusi rendah 256×224. Game ini membolehkan pemain untuk menunggang motosikal terapung, memanjat menara tinggi dan turun ke dalam gaung. Terdapat juga tiga senjata untuk membolehkan pemain melengkapkan misi. Dapatkan sebelum 9 April, 5:00am.

    7 – Mobile Astro EX Pack (DLC)

    Penembak arked (arcade shooter) kapal angkasa ini mirip permainan tahun 1990-an dan termasuk Survival Mode, Arcade EX Mode dan Boss Rush Mode untuk corak permainan yang lebih mengujakan. Dapatkan sebelum 9 April, 5:00am.

    8 – Acceleration of SUGURI 2

    Game shoot’em-up ini menampilkan ramai watak dalam SUGURI Universe. Pemain boleh pilih untuk bertentang dengan AI dalam Story Mode atau pemain lain dalam mod Multiplayer. Dapatkan sebelum 31 Mac, 1:00am.

    9 – UNI

    UNI terdiri daripada 40 game kecil yang anda boleh nikmati dengan keluarga anda di rumah. Anda juga boleh memainkannya dengan papan kekunci atau controller untuk game yang boleh dimainkan dengan dua orang ini. Dapatkan sebelum 28 Mac, 1:00am.

    10 – HELLION

    HELLION adalah sebuah game survival multipemain yang membolehkan anda meneroka kapal dan stesen angkasa terbengkalai serta mencari sumber seperti udara, minyak dan kelengkapan lain untuk terus hidup. Jika anda berminat, anda juga boleh merompak sumber daripada pemain lain. Dapatkan sebelum 28 Mac, 1:00am.

    11 – The Deed

    The Deed ialah game Adventure/RPG yang membenarkan pemain untuk lari selepas melakukan pembunuhan. Arran Bruce, pewaris kepada Dunshiel House, pulang ke rumah itu untuk membalas dendam. Dapatkan sebelum 28 Mac, 3:00am.

    12 – Martian Law

    Martian Law adalah sebuah lagi game arked klasik yang diinspirasi daripada game 1980-an, mempunyai corak permainan retro serta grafik yang dilukis dengan tangan. Dapatkan sebelum 28 Mac, 3:00am.

    Beritahu kami di Facebook tentang pengalaman anda memainkan game di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X