More

    OPPO Find N2 Flip dilancar: Dimensity 9000+, kamera 50MP MariSilicon X bermula ~RM3,803

    Selain OPPO Find N2, OPPO juga telah memperkenalkan model pertama telefon boleh lipat kulit cangkerang iaitu Find N2 Flip. Find N2 Flip dihasilkan bagi bersaing dengan Samsung Galaxy Z Flip 4. Peranti ini memaparkan LTPO AMOLED dalaman 6.8 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz, HDR10+, liputan DCI-P3 97% dan kecerahan sehingga 1,600 nits.

    Sementara itu, skrin pada bahagian hadapan menggunakan panel OLED 3.62 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimesnity 9000+, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti 4,300mAh dengan pengecasan pantas 44W.

    Terdapat dua kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama IMX890, sensor 1/1.56 inci 50MP dan ultralebar IMX355, 112° 8MP serta kamera swafoto 32MP. Tambahan, pengimejannya menggunakan cip MariSilicon X pada pemprosesan imej. Ciri lain termasuk perlindungan Gorilla Glass 5 untuk panel luar, pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, dwi SIM dan Bluetooth 5.3.

    OPPO Find N2 Flip akan tersedia dalam warna hitam, emas dan violet. Penyenaraian harganya untuk China menunjukkan bahawa varian 8/256GB akan dijual pada harga 6,000 Yuan (~RM3,803), 12/256GB berharga 6,400 Yuan (~RM4,056) dan 16/512GB untuk 7,000 Yuan (~RM4,437).

    Laporan sebelum ini mendakwa bahawa peranti itu dijadualkan untuk dilancarkan secara global. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak OPPO. Adakah anda berminat dengan OPPO Find N2 Flip? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured